Penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya perkenalkan diri, nama saya sebenar ialah Matzis b. Jusdi a.k.a acis32. Berasal daripada Beaufort, Sabah. Mula aktif didalam bidang penulisan blog terutamanya didalam Blog Panduan eBay Bahasa Malaysia dan bisnes online eBay bermula daripada tahun 2006 lagi. Saya mula aktif didalam dunia online setelah mendapat dorongan yang saya anggap sifu sehingga kini iaitu saudara Sukeri yang telah banyak mengajar saya selok-belok tentang dunia online.
Kenapa saya membuka Blog Panduan eBay Bahasa Malaysia ini adalah kerana pada awal tahun 2005 saya tengok belum ada lagi blog berkaitan eBay yang menyampaikan maklumat berkaitan eBay 100% kepada penggiat bisnes online ini terutamanya eBay. Jesteru itu, sifu saya Sukeri telah menasihatkan kepada saya supaya membuka satu blog berkaitan eBay 100% pengisiannya hanya artikel berkaitan eBay sahaja. Syukur alhamdulillah dengan adanya blog eBay ini saya mendapati terlalu ramai yang telah berkunjung ke blog ini untuk mendapatkan maklumat dan juga panduan didalamnya.
Dunia online kini semakin meluas tambahan pula dengan adanya peluang-peluang bisnes online yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, kini anda sudah boleh menjana pendapatan sampingan dengan hanya dihadapan komputer. Saya selalu berkata “Tersangatlah rugi jika anda melayari internet setiap hari tetapi anda tidak mampu membuat duit sesen pun dengan internet pada setiap hari”. Sekian, terima kasih.




