Home » Artikel »

Akaun Kena Suspended Di eBay

Salam semua, kali ini bro ingin berkongsi maklumat kepada anda iaitu kenapa akaun ebay anda digantung (suspended). Menurut sekysen 9 perjanjian dan syarat-syarat sebagai pengguna ebay, ebay boleh mengantung mana-mana akaun penggunanya pada bila-bila masa sahaja jika melanggar peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan didalam seksyen 9 ebay. Ramai yang beranggapan penjual yang mempunyai feedback 100% positif dan juga mempunyai status powerseller terlepas daripada penggantungan akaun ebay ini. Ingin bro katakan sesiapa pun tidak akan terlepas daripada penggantungan akaun ebay ini jika ianya juga telah melanggar peraturan seksyen 9 ebay.

Secara kelazimannya, akaun ebay anda akan mudah digantung jika melanggar peraturan atau dasar-dasar yang telah digaris panduan oleh ebay. Jika anda melanggar mana-mana dasar yang telah ditetapkan oleh ebay sama ada melalui tindakan anda sendiri ataupun daripada tindakan penyenaraian produk anda di ebay, maka pihak ebay akan menghantar satu email peringatan kepada anda tentang pelanggaran peraturan tersebut. Setelah mendapat email peringatan, namun masih juga diulang pelanggaran peraturan tersebut, maka pihak ebay akan menggantung akaun anda buat selama-lamanya. Walaubagaimanapun ada juga akaun yang telah digantung dapat dikembalikan semula, namun ianya adalah tertakluk kepada budi bicara pihak ebay untuk mengaktifkannya semula.

Apabila akaun anda di gantung, maka segala informasi dan juga penyenaraian produk anda akan dibuang secara automatik. Pihak ebay juga akan memaklumkan kepada pembeli anda melalui email tentang penggantungan akaun ebay anda. Secara keseluruhannya anda sudah kehilangan kepercayaan daripada pembeli anda dan seterusnya pembeli anda juga ada hak untuk meminta kembali wang mereka jika akaun ebay anda telah digantung.

Menurut ebay, jika akaun anda sudah di gantung maka anda sememangnya tidak boleh mendaftar akaun baru, membida ataupun menjual produk di ebay. Jika anda ingin mendaftar juga akaun baru ebay, pastikan semasa mendaftar segala cookies didalam komputer berkaitan akaun lama ebay dihapuskan, jangan mendaftar nama, alamat, kredit/debit card dan email yang sama. Secara keseluruhannya semua baru dan tiada kena mengena sedikit pun mengenai akaun ebay yang sudah di gantung tersebut. Selamat berbisnes!

p.s: e-book diatas adalah panduan transaksi secara online melalui Virtual Credit Card (VCC) dan jika anda teringin membuat bisnes menjual VCC pula anda bolehlah mendapatkan e-book ini sekarang!. Bro difahamkan oleh penulis e-book ini harganya akan naik pada bila-bila masa sahaja jika mendapat permintaan ramai. Oleh itu jadilah orang yang terawal mendapatkan e-book ini. Selamat mencuba!.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


37 Comments


  1. 1. Aurakaya says:

    Bro Matzis, terima kasih..info yg amat berguna. Bila akaun ebay dh kena suspended.. apa nasib yang akan menimpa duit dlam akaun Paypal kita tu? turut hangus ke?

  2. 2. matzis says:

    Apabila akaun ebay anda sudah kena suspended hanya akaun ebay anda sahaja yang terlibat dalam penggantungan tersebut. Akaun paypal anda masih berjalan seperti biasa namun pada kebiasaannya apabila akaun ebay anda kena gantung maka pembeli akan buka kes di paypal untuk mendapatkan duit mereka kembali dan anda kena bersedia untuk mengembalikan duit pembeli anda.

  3. 3. ammbiz says:

    salam matzis ,

    info yang berguna kepada pengiat ebay semua. Semoga kita berniaga dengan bijak .. :)

  4. 4. apes says:

    Salam..

    Saya nak tanya sikit ni, kalau saya nak jual barang NFL,NBA,NHL,MLB and MLS, cam ne?? Boleh tak??

    Bukan ape, nanti kalo akaun kene suspend naya aje.. :D

  5. 5. Pangeran says:

    Mungkin bro boleh menulis sedikit bagaimana “mencuci” komputer kita dari “biskut-biskut” tersebut dan tips-tips bagaimana mengisi nama, alamat, no telefon(Kan Malaysia diwajibkan mendaftar nama disetiap pembelian sim) Dan penting sekali bagaimana membayar fee sedangkan kad debit dah tak boleh guna. VCC yang boleh top up?

  6. 6. matzis says:

    apes, kebiasaannya ebay tak boleh memantau setiap akaun penggunanya melainkan apabila menerima komplin atau repot daripada komuniti vero, masa itulah baru ebay memantau akaun anda dan jika didapati melanggar dasar-dasar pencabulan hakcipta maka akaun anda mungkin akan digantung.

  7. 7. matzis says:

    pangeran, bagaimana kita mengisi nama, alamat, no telefon itu terpulang kepada kebijaksanaan anda. Bro selalu menasihatkan kepada mereka yang hendak membuka akaun baru ebay..janganlah menggunakan nama rekaan..adalah lebih jika anda menggunakan nama adik-beradik ker, saudara mara ker…bro rasa itu adalah yang terbaik.

    untuk mencuci bro rasa semua dah tau dengan hanya delete all history & browse internet 100%. VCC bro belum pernah dengar yang ada boleh topup…kalau ada pun mungkin mahal. Debit card kat Malaysia sudah banyak untuk anda mohon untuk tujuan pembayaran fees ebay.

  8. 8. apes says:

    So, kalo saya nak jual jam tangan atau baju NFL,NBL n etc ni cam ne bro??

    Selamat ke?? Buka ape, nak kepastian dari bro aje kalo bro rasa barang ni menyalahi polisi ebay, saya tak naklah jual..

  9. 9. matzis says:

    apes, semua yang kita jual memang mempunyai trademark…kalau nak kena pun sebab kalau ada yang buat repot..kalau tak sampai bila2 pun kita jual takder masalah. Setakat ni twilight dan apple tiada orang repot..so bisnes takder masalah ler.

  10. 10. apes says:

    Ok, thanks bro atas explanation tu..

  11. 11. mazlan says:

    sememangnya tip-tip yang diberikan oleh saudara matzis amat perlu kepada newbie seperti saya. Kata akarnya biarlah kita berniaga secara jujur, tulus dan iklas… Barulah wang MASYUKKKKKK!!!Terima kasih atas info yang diberikan.

  12. 12. matzis says:

    semoga apes dan mazlan berbisnes di ebay secara bijak..kalau akaun kena suspended nak buat macamana..itu memang adat dalam berniaga.

  13. 13. mazlan says:

    Sebenarnya adat berniaga di mana-mana pun ada risiko. Tapi risiko itu perlu ditangani dengan bijak dan berhemah. Insya Allah, Tuhan sentiasa di sisi kita. Jika kita melakukan perkara yang betul dalam berniaga pasti satu hari nanti kita akan memperoleh hasilnya. Apa pun jika kita sudah berjaya, jangan lupa kepada kepada sifu yang telah memberi laluan kepada kita untuk berniaga di dunia maya ini… Terima kasih sifu Matzis…

  14. 14. apes says:

    Saya nak tnya sikit, saya guna Selling Manager yg harga $4.95 tu, saya nak tau mcm mane kita nak buat automatic setting, like saya nak set Payment Reminder, Feedback Reminder and etc..

    Boleh ke nak buat guna Selling Manager ni atau kene guna Selling Manager Pro??

  15. 15. matzis says:

    apes, bro tak langgan selling manager pro ebay US tapi bro langgan selling manager pro ebay Malaysia hanya RM15.00 sebulan. topik komen ni macam kuar tajuk..namun kalau nak tau kelebihan selling manager pro dan macamana nak set boleh ym bro : matzismp

  16. 16. nuwa says:

    Salam bro..nak tanya sikit..
    Semlm akaun saya kena limit function..pasal saya ada langgar TnC ebay..jual brg ada trademark.. akibatnya..saya xleh nk buat listing..tapi boleh akses function2 lain..Kebiasaanya, ebay akan aktifkan semula atau tak bg kes mcm ni? sedih nie…huhu

  17. 17. apes says:

    Thanks bro..Saya dah add bro kat YM

  18. 18. Farizal says:

    masalah saya seperti nuwa :( paypal pun kena access limit.

  19. 19. Tai says:

    Akaun ebay saya pun kena limit function,tapi adakah sebab jual barang ada trademark? Kalau macam tu,semua anak murid sifu lan mesti ramai kena limit access ni.. :(

  20. 20. matzis says:

    Tai, menjual item yang ada trademark memang akan kena jika sekiranya komuniti vero mereka bagi setiap item yang ada trademark membuat komplin @ repot kat ebay. Selagi item yang ada trademark belum ada repot, selagi itu ebay akan tutup mata cth: Twilight, Apple dll. Jangan putus asa, jika limit function cepat-cepat buka akaun baru…janji bisnes jalan seperti biasa. Selamat berbisnes!.

  21. 21. Wahid says:

    banyak info yang berguna dalam blog ko ni bro… lama da x tgk

  22. 22. chanker says:

    Bro..account ebay saya dah yang ke 3 kali kena suspend..mula2 pasal barang MU, yang kedua pasal pasal LV dan yang ke 3 ebay dpt detect sy register br..padahal sblm reg sy dah delete semua cookies2, pendek kata semua br ar..utk pengetahuan bro sy guna celcom “berukband”..mcm mn ebay blh detect bro???Yg ke 3 ni sy list twilight je..br 3 hr dah kena ban..alamat,phone no semua br..aduh tensionnya bro..tlg bg jawapan bro sbb sy nk reg akaun yg ke 4 kalinya..sedihnya bro..TQ

  23. 23. matzis says:

    alamak! bro difahamkan broadband celcom guna static IP bukannya macam maxis broadband dynamic IP. bro rasa ebay detect melalui IP ko ni.

  24. 24. mali says:

    salam bro…
    psl celcom bband la sy tertangguh nk buka 2nd account.
    la ni tengah dok fikir bband apa yg cantik kt area bdr tun razak ni.
    ingat nk ambik wimax, coverage takde.
    last2 sy bukak jugak 2nd acc guna vcc kat cc yg dkt rumah je..
    belasah….dh dpt sale pun..

  25. 25. bhau says:

    alamak celcom bb bukan dinamic ip ke?kenapa saya check kt what is my ip lain2 je?
    saya dh buka akaun kedua tapi guna pc ofis..lepas tu listing kat pc rumah yg pakai celcom bb ni….dah dekat sebulan gak akaun kedua ni…..baru tadik akaun 1st sy lepas dr suspend..sy login guna pc rumah ni..rasanya ada harapan tak kene suspend?
    arghhhhhhhhhhh

  26. 26. chanker says:

    Saya rasa saya dah tau sebab dia bro..mcm ni…sblm ni mmg sy berhati2, org kata play safe…tp hari tu saya silap..saya transfer duit dlm paypal akaun lama ke paypal akaun baru..saya x clear cookies…pastu dgn konfidentnya terus bukak je paypal baru konon2nya nak tgk duit dah masuk ke blum..mmg duit dah masuk, tp hari yg sama pakcik ebay suspend akaun…huhuhu…sampai hari ni saya x bukak2 lagi paypal yg ada duit tu..bukannya byk pun, dlm usd25 jer..bimbang pakcik ebay detect lagi…huhuhu…lg satu saya mmg pakai celcom berukband, tp modem maxis…tiap kali connect sy check dl ip…mmg berbeza2…

  27. 27. mali says:

    dukacitanya 2nd acc dh kna suspend. ni kes warner bros punya cerita la ni…sabor je lah…

  28. 28. matzis says:

    mali, jangan cuba2 listing filem2 keluaran warner bros..hehehe..bro dah pernah kena sekali pasal listing batman forever.

  29. 29. chanker says:

    Bro matzis…aduh…ada mslh lagi ar…paypal lak ni problem…blum aper2 dah limit…

    Dear *****Mohamad,

    As a security measure, we regularly screen PayPal activity. Recently, we noticed a problem with your account.

    A recent review of your account determined that we require some additional information from you in order to provide you with secure service.

    Case ID Number:

    We’ve limited access to your account temporarily. We’ll review the limitation once you respond with the information we’ve requested.

    To respond and remove the limitation, go to the Resolution Center. If you’d like clarification on the limitation, please let us know by going to the Help Center and clicking Contact Us.

    Thank you for helping to resolve this problem.

    Sincerely,
    PayPal Account Review Department

    Please do not reply to this email. This mailbox is not monitored and you will not receive a response. For assistance, log in to your PayPal account and click the Help link in the top right corner of any PayPal page.

    —————————————————————-
    Copyright © 1999-2009 PayPal. All rights reserved.

    Consumer advisory- PayPal Pte. Ltd., the holder of PayPal’s stored value
    facility, does not require the approval of the Monetary Authority of Singapore.
    Users are advised to read the terms and conditions carefully.

    PayPal Email ID PP522

    aper maksud ni bro..haram x paham..

  30. 30. ajat says:

    askum,

    knowledge aku pcal ebay nie 0..
    leh x tolong ajar aku skit2 pcal bnde nie, stat from blank..

    thank…

  31. 31. paaan says:

    saye nye ebay baru kena suspend..adusssss nak wat cam mana nih…
    dah lah duit kat paypal org bayar tuh pending bleh sesape tolong x..
    Kalo duit tu pending kite bleh refund ker x.
    Lama x kalo saya apeal kat ebay suruh bukak balik ebay saya.

  32. 32. matzis says:

    salam, kalau akaun kena suspended jangan penik buka je akaun ebay dan paypal baru tu je. kalau duit dalam paypal kena hold secara automatik duit tersebut tak boleh wat refunds.

  33. 33. mkr2x91 says:

    bro matzis,
    tumpang tanye,kalo kat malaysia kul 3 pagi,
    kat US pkul brape ek?????

  34. 34. matzis says:

    salam, kalau Malaysia kul 3 pagi kat US dalam kul 2 petang. cuba research world clock kat internet pasti anda akan mendapat jawapannya yang tepat.

  35. 35. aSh says:

    salam,nak tny skit..akaun ebay sy kna gntung 7hari..ebay bg notis.hu2..
    lpas 7 hari boleh listing balik ke brg tuu?

  36. 36. Ebayer: says:

    ASH:Lepas 7 hari ko bleh list la…

  37. 37. mysterystaff says:

    Salam..nak tanya kalau kena suspend fee yang x terbayar tuh kena bayar jugak atau hangus…



Leave a Reply