Home » Artikel »

Format Jualan Di eBay

Salam, apakhabar semua usahawan-usahawan ebay sekalian. Macamana bisnes ebay anda?..bro rasa semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keuntungan yang semaksimum yang boleh. Kali ini bro berkongsi maklumat kepada anda mengenai format jualan yang terdapat didalam ebay. Antara format jualan tersebut adalah Online Auction, Fixed Price dan Store Inventory.

  • Online Auction adalah format jualan ebay yang biasa dan terlalu ramai seller yang menggunakan format jualan ini. Didalam format jualan ini juga, anda akan diberi keistimewaan format Buy It Now jika sekiranya anda telah mendapat feedback jualan sebanyak 5 feedback daripada pembeli anda. Fees bagi Online Auction yang terendah antara $0.01-$0.99 hanya $0.15 sahaja.
  • Fixed Price adalah format jualan ebay yang selalu digunakan dalam bentuk jualan Buy It Now sahaja. Jika anda mempunyai item dalam kuantiti yang banyak anda boleh menggunakan format jualan ini sebagai pilihan. Tetapi untuk kelayakan mendapatkan keistimewaan ini, anda haruslah mempunyai 10 feedback keatas daripada pembeli anda. Fees bagi Fixed Price adalah $0.35 antara $1.00 keatas permulaan lelongan.
  • Store Inventory pula adalah format jualan bagi penjual yang mempunyai ebay stores sahaja. kelebihan store inventory banyak antaranya fees listingnya yang terlalu rendah berbanding format jualan yang lain iaitu $0.03 sahaja dan jangkamasa lelongan pula adalah dalam 30 hari.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


31 Comments


  1. 1. farharn says:

    salam,
    sy nk tnya berkenaan fees listing ni.
    adakah harga semua yg berkenaan ialah fee/item?

  2. 2. matzis says:

    farharn, fees listing bergantung kepada harga permulaan listing anda. Jika harga permulaan listing $0.01-$0.99 fees adalah $0.15 jer tetapi kalau $1.00 keatas fees $0.35…begitulah seterusnya!

  3. 3. mazlan says:

    1 barang yang terjual mesti ada 5 feedback baru ada kemudahan buy in now ka.. aaaa.. masih kurang sikit pemahaman aku ni

  4. 4. matzis says:

    bagi newbie dalam ebay, kelayakan untuk mendapatkan keistimewaan untuk ikon BUY IT NOW mestilah memunyai 5 feedback daripada buyer.

  5. 5. sudukarat says:

    Tq bro dengan post yang berguna ni.. patut la aku tak jumpa format Buy it now tu.. baru mula, belom ade feedback.. tq

  6. 6. nazim says:

    bro matzis, kalau dah ada store camne ? kena ada feedback 5 dulu juga je nak format buy it now ?

  7. 7. matzis says:

    kalau beli ebay store US memanglah tak perlukan feedback untuk membukanya, tetapi kalau ebay store Malaysia kena ada feedback 10 keatas baru boleh beli ebay stores Malaysia.

    Yup, kena ada 5 feedback keatas baru boleh dapat Buy It Now didalam format auction. Kalau anda dah da store anda hanya boleh buat Buy It Now dalam format Fix Price dan Store Inventory.

  8. 8. mazlan says:

    oooo begitu.

  9. 9. nazim says:

    salam bro, soalan saya….

    katakan saya list mousepad batman kat store dgn format BIN. adakah bakal pembeli akan jumpa item tersebut bila dia buat search? . Atau item dalam store inventory boleh dilihat bila bakal pembeli dah masuk dalam store kita.

  10. 10. matzis says:

    nazim, jawapannya adalah YA! itulah kelebihan stores. Jika pembeli membuat search ingin membeli item BATMAN dengan mecari keyword “BATMAN” maka akan terkeluarlah senarai item “BATMAN” anda daripada stores-stores yang terdapat didalam ebay.

  11. 11. nazim says:

    tuan matzis, ada lagi soalan…
    saya baru seminggu buka store ebay,camne cara yang betul nak tarik pelawat/trafik ke store kita? Dan bile dah ada store adakah kita tak perlu lagi list item dalam bentuk auction?…maksud semua item kita list dlm format BIN yg fee usd0.03 tu. harap dpt bantu saya.

  12. 12. matzis says:

    soalan yang bagus!…nazim, untuk menarik pelawat ke stores anda adalah dengan menyenaraikan beberapa item dalam bentuk auction format ataupun fix price…jangan banyak sekadar dalam 5-10 item sahaja sebagai umpan untuk menarik pelawat masuk ke dalam stores anda.

  13. 13. nazim-berkatbizz says:

    salam bro,
    cara saya begini, saya sentiasa pastikan ada 40 item dalam list format auction dan yang lain list dalam bentuk BIN di store inventory. betul ke cara saya tu ?

  14. 14. matzis says:

    nazim-berkatbizz, bisnes ebay terlalu banyak strategi yang harus anda lakukan…setiap strategi tidak sama bagi setiap penjual di ebay..mungkin cara anda lebih menguntungkan sila teruskan. Tetapi jika tidak berhasil bolehlah mencuba seperti yang bro cadangkan.

  15. 15. mali says:

    salam bro,
    kalau jualan melalui bes offer, berapa ebay charge & prosesnye cam mane?
    tq

  16. 16. matzis says:

    mali, cuba check kat ebay tentang best offer ni…cara prosesnya pun ada sekali.

  17. 17. nazim-berkatbizz says:

    tuan matzis, adakah letak item banyak-banyak kat store kita itu strategi yang baik ?

  18. 18. yoji says:

    sya kurang fham bab fee nie… kalu kita letak item kat store malaysia fee ebay tetap sama gak ke… sy tgk kat ebay fee malaysia adalah free… cam ne tu bro… bgi penjelasan skit bro… kurang faham skit

  19. 19. matzis says:

    oooo..kita cuma melanggan ebay store Malaysia sahaja untuk kegunaan listing item di ebay US…so apabila kita listing ebay US dan masukkan item di dalam store inventory, semua fees tetap akan dikenakan kepada anda mengikut rate fees ebay US.

  20. 20. mindapower says:

    Saya belum buka store lagi, tapi nak bertanya :
    1. Adakah kalau kita list item, ia akan automatic berada dalam store?
    2. Jika kita list item-item melalui Auctiva adakah mempunyai cara tertentu untuk ia masuk dalam store atau ia juga akan masuk secara automatik?

    Harap dapat bantu.

  21. 21. matzis says:

    mindapower, kalau dah langgan store mesti setting dulu store anda nanti. item tidak akan secara automatik masuk store. ianya perlu dimasukkan melalui store inventory barulah item anda masuk didalam store. Lebih baik gunakan Turbo Lister daripada Auctive.

  22. 22. Kak Rohani says:

    Salam saudara Matzis,

    Terima kasih sebab sudi ke blog akak. Dah agak lama tk up date. Sibuk cncentrate ngan ebay. Seronok dapat jumpa sifu Matzis dan sifu2 lain kat seminar hari tu. Akak baru mula ebay seminggu. Mcm2 yg akak rasa dan tempuhi setakat ni. Bila dah mula, baru tahu kat mana yg dah tersilap dan yg perlu diperbaiki. Dan masih ada masalah yg belum selesai. Dan sememangnya byk betul yg kena belajar lagi. Setakat ni dah ada 3 items yg dah berjaya dijual, alhamdulillah, walaupun bila ditolak sana sini, masih tiada untung. Anyway biasa la. Inilah bisnes!
    Boleh tak akak tahu macam mana akak boleh hubungi saudara matzis? Tak kisah la, emailke, no talipon ke…. TQ. Kim salam kat isteri ya.

  23. 23. matzis says:

    kak rohani, kalau nak hubungi saya boleh gunakan ruangan hubungi kat atas blog ini. semua pertanyaan atau soalan2 tersebut akan dihantar terus ke email saya. InsyaAllah saya sedia membantu sesiapa sahaja ingin belajar ebay…asalkan anda semua menerima apa yang saya ajarkan.

  24. 24. jinggo. says:

    salam bro matzis,
    saya ni dah 1 bulan berkecimpung dalam ebay nie..
    masih belum buka store lagi pun..
    dok list macam biasa jer guna turbolister..
    ada la dalam 20 barang terjual..ada la untung sikit,lepas bayar fees ebay,supplyer rahsia ngn terapeak berbayar.

    minat gak nak buka store sebab setiap barang yg saya list(3 hari) ada la dalam 30 views utk sesatu barang…

    satu benda je nak tau,store inventory kita nanti,dia ada masa jugak ker?
    contoh,mcm kalau kita listing biasa,kan ada pilihan 3hari, 5 hari, 7 hari….
    kalau kat store..ada time gak ker? mcm 30 hari ker..??

    harap dapat penjelasan…

  25. 25. matzis says:

    Jinggo, kalau anda dah buka store terlalu banyak kelebihan yang anda akan dapat iaitu fees listing yang murah iaitu hanya $0.03usd sahaja sekali listing dan listing anda akan ditetapkan 30 hari terus. Cuba anda bayangkan jika anda listing 100 item di store, anda hanya perlu membayar fees untuk 100 listing tersebut dengan harga $3.00usd sahaja. Untung tak?…hehehe

  26. 26. jinggo says:

    Bro matzis,

    kalau kita ada store,pastu kita letak barang dalam store kita..
    format jualan dia adalah BIN,kalau ada org beli,barang tu akan hilang dari store ke?maksud saya,kalau dah terjul,dia akan terkaluar dari store.??

    Ada ke orang jual kat store inventory guna format auction?
    kalau letak duration sampai 30 hari..mmg letih nunggu la buyyer..
    hehehe

    lagi satu,kalau jual kat store guna format Fixed Price,baru kita boleh letak kuantity barang kita kan..dan kalau nk ada tools “multiple item listings” atau jualan lebih dari satu barang, kita perlu ada feedback sekurang-kurangnya 15.. fee dia pun boleh tahan gak..heheh

    so,soalan saya..
    1-Kalau listing kat store, apa jenis listing yang sesuai??
    *BIN atau Fixed Price ?
    2-kalau kita guna BIN,barang dari store akan hilang ke kalau terjual?
    3-kalau hilang dari store,tools Selling manager Pro boleh relist barang
    tu balik ker dalam store kita…???

    sorry la bro matzis,bnyak sangat soalan saya,panjang berjela2 plak tu…sbb mmg teringin nak buka store,tapi masih blur pasal cara listing jer…

    TQ bro matzis…

  27. 27. matzis says:

    Jinggo, jawapan soalan anda:

    1. Jual kat store secara automatik BIN iaitu jualan 30 hari.
    2. Jual kat store pastikan set kuantiti dalam store 10-20 item..so kalau ada terjual secara automatik item kuantiti akan berkurangan satu persatu sehinggalah habis mengikut tempoh 30 hari.
    3. Selling manager pro anda kena setkan sendiri barulah secara automatik relist.

  28. 28. leman says:

    salam,

    bro matzis,

    saye bdak bru bljr. nk tnye ni. stiap features memerlukan feedback2 minimum yg trtentu. nk tnye la, feedback sbg buyer tu dikira sme x feedback sbg seller gak atau feedback laen2?

    TQ.

  29. 29. matzis says:

    leman, yup!..feedback dikira sama ada Seller ataupun Buyer. Cth ada 2 feedback Seller dan 1 feedback Buyer, maka tetap dikira mendapat 3 feedback. tq!

  30. 30. sm says:

    mintak bantuan sikit..kenapa sya xboleh nak verified cc kat ebay…nak buat listing xlepas sebab bila nak verified cc dia kuar warning “Your card could not be authorised. Please re-enter your card number, card identification number and expiry date” knpa yer jadi cam ni.. sya pkai pbe cc dengan visa maybank dua2 da try tapi xblh..dua2 ada duit kat dlm tu…pbe cc tu blh jer verified ngan paypal….da try kat mcm2 laman ebay singapore, mlysia, us, indon suma kuar warning sma….
    boleh mintak tolng bg tips sikit tak…

  31. 31. scud says:

    yg bie bior sy jawab

    Maybank visatak bleh bro

    yang boleh:

    PBe (rkemen)
    Eon Debit
    UOB
    Ambank NexG
    Tune money card
    yang paling best
    VCC

    contact sy utk vcc : scudmissile81@yahoo.com

    10 minute for verified paypal account :)



Leave a Reply