Home » Panduan »

100% Feedback Meyakinkan Pembeli Di eBay

Salam, kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang kepentingan feedback yang baik di eBay. Reputasi feedback 100% positif membolehkan semua jualan yang anda jual di eBay akan mendapat sambutan yang baik daripada setiap pembeli. Saya pernah ditanya oleh beberapa penjual mengapa jualannya tiada seorang pun yang menjenguknya sedangkan produknya amat berkualiti dan murah. Saya menjawabnya, kemungkinan besar anda masih mempunyai reputasi feedback yang kurang dan masih belum lagi mempunyai bilangan feedback yang banyak.

Pembeli di eBay, terutamanya pembeli-pembeli daripada luar negara mereka lebih mengutamakan feedback yang baik sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli produk daripada anda. Jika anda masih belum mempunyai feedback, berusahalah mendapatkannya daripada pembeli anda. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Jika anda seorang pembeli, ingin membeli produk yang sama dengan harga yang sama daripada dua orang penjual berbeza iaitu seorang belum mempunyai feedback manakala seorang lagi sudah mempunyai feedback 100% positif, mana satu penjual pilihan anda? Kalau ditanya kepada saya, sudah pastilah saya akan membeli daripada penjual yang mempunyai feedback yang baik.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


11 Comments


  1. 1. Nasrun says:

    Feedback masih kosong lagi..

    Takde cara lain selain membeli items murah?

    Cara nak dapat trust pembeli..

  2. 2. pakar clickbank says:

    satu onfo yang cukup baik,aku masih belum mula dalal dunia ebay ,tapi sedang menambah ilmu ..

  3. 3. Noorizam Shah says:

    nasrun.. boleh start membeli produk murah seperti stem di ebay Malaysia. harga dan kos penghantarannya murah.

    Boleh collect feedback, sebelum terjah market international dna tempatan :)

  4. 4. matzis says:

    yup, betul kata noorizam tu…bila dah collect feedback banyak bolehlah jual worldwide plak…selamat berbisnes!

  5. 5. shamxo says:

    thanks bro..panduan menarik nih…nak terjun gak lah dalam dunia ebay nih

  6. 6. Sifu LAN says:

    Menarik artikel nie.. Thanks for the info.. Jangan hanya kerana pembeli yakin dengan 100% positif feedback menjatuhkan semangat seller newbie yang mempunyai feedback 0%.. Semangat seller perlulah dalam tahap yg maksimum sepanjang masa..

  7. 7. Ahmad says:

    Good info ni.. saya dah dapat 5 feedback yang positif sebagai buyer, dah boleh start jadi seller ke?

  8. 8. matzis says:

    Ahmad, tak perlu nak tunggu sampai 5 feedback baru nak mula bisnes ebay sebenarnya, anda boleh mula daripada tiada apa-apa feedback pun boleh dah mula bisnes ebay. Cuma pastikan anda verified dulu ngan ebay sebagai ebay seller dan yang penting ada akaun paypal. thanks! sila datang lagi blog ni yer!

  9. 9. gedebek says:

    Saya ada masalah account kene block. Mcmana nak selesaikan ye ? Ada sapa bleh bantu ?

  10. 10. matzis says:

    akaun apa yang kena block (suspended) tu?..akaun ebay atau akaun paypal?…

  11. 11. consxavier says:

    thanks for the article…saya sekarang ni pun nak kumpul feedback lagi…target nak dapat 10 feedback dalam minggun ni..hehe…thanks..

    P/S: kalau international ebay, berapa feedback yang mereka tengok (minimum)?



Leave a Reply