Tips Berkesan Menulis Keterangan Di eBay
Kepada semua pembaca blog ini, artikel kali ini saya cuba memfokuskan kepada anda berkaitan kaedah menulis keterangan produk di web lelongan khususnya di ebay. Keterangan produk adalah amat penting bagi memestikan produk anda dikenali dengan lebih mendalam lagi oleh pembeli. Keterangan yang jelas maksudnya akan lebih mendorong pembeli berhasrat untuk membida produk anda.
Apa itu keterangan? perlu tulis panjang-panjang ke? atau pendek ke? bagi saya panjang dan pendek keterangan bergantung kepada pengetahuan anda dan produk itu sendiri. Contohnya anda menjual produk berkaitan wang kertas, apa yang perlu anda tulis mengenainya didalam keterangan anda ialah berkaitan gred wang kertas tersebut, tahun bila dikeluarkan, siapa gabenor yang mengeluarkan wang tersebut, siri ke berapa keluaran, no siri wang tersebut dan lain-lain lagi yang anda fikirkan perlu berkaitan wang kertas tersebut. Kalau anda mahir mengunakan HTML dalam penulisan keterangan produk ini adalah lebih baik.
Selain daripada itu, keterangan yang lengkap berkaitan proses pembayaran, kos penghantaran sama ada dalam atau luar negeri perlu dinyatakan di dalam keterangan anda. Ini betujuan untuk memudahkan pembeli anda sebenarnya untuk terus berurusan setelah selesai lelongan anda.
Kesimpulannya keterangan yang lengkap akan lebih mudah meningkat jualan anda berbanding keterangan yang ringkas. Kita kena ambil tahu bahawa pembeli biasanya akan cuba menilai produk anda berdasarkan keterangan yang anda berikan selain daripada gambar. Kalau anda tak percaya cuba anda lelong 2 barangan yang sama dengan harga yang sama tetapi keterangan yang berbeza. Satu keterangan yang ringkas dan satu lagi mengikut apa yang saya cadangkan. Selepas beberapa hari cuba anda lihat barangan apa yang paling banyak tumpuan pembida. Selamat mencuba.





wah.. tips-tips yang menarik.. teruskan…
Bagus !!
This post has been removed by the author.
aya akan cuba memberikan tips-tips yang menarik, profesional dan yang terbaik khusus kepada pembaca blog ini…..kepada yang meminati tentang lelongan (ebay) nantikan artikel saya seminggu sekali insyallah!!.
Menarik panduan ni….
syukur jumpa website ni..Nak juga blajar E-bay ni.:)