Home » Artikel »

Buat Duit Dengan Duit di eBay

Assalamualaikum, kali ini mari kita berkongsi maklumat berkaitan buat duit dengan duit di eBay. Buat duit yang saya maksudkan disini ialah anda menjual wang kertas atau duit syiling di eBay. Wang kertas dan duit syiling mempunyai keunikannya tersendiri, hanya mereka yang berminat untuk mengumpulkannya mampu menilai serta meniliti keunikannya.

Jika anda berminat untuk menjual wang kertas dan duit syiling, pastikan anda mempunyai ilmu berkaitannya. Ini termasuklah berkemahiran mengenalpasti nilaian semasa wang kertas dan duit syiling. Terdapat banyak buku-buku berkaitan wang kertas dan wang syiling di pasaran.

Wang kertas dan duit syiling mempunyai nilaian atau harga yang tidak tetap, ini adalah kerana ianya bergantung kepada tarikh ianya dikeluarkan (makin lama makin mahal), kualiti (harga bergantung kepada grednya), pengeluaran terhad (sukar didapati), kesilapan teknikal (terdapat kerosakkan semasa cetakan) dan sebagainya lagi.

Kesimpulannya, jika anda mahu menjual wang kertas atau duit syiling di eBay, perkara paling penting adalah pengetahuan mengenainya. Wang kertas dan duit syiling mampu mendatangkan keuntungan kepada anda jika anda benar-benar berminat menjualnya. Untuk mendapatkan wang kertas dan duit syiling, terdapat banyak collector-collector yang menjualkannya kepada anda. Berkunjung sahaja pada setiap hari Sabtu dan Ahad di Amp Corp Mall, disitu anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan berbagai koleksi wang kertas dan duit syiling. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkannya di Maju Junction dan Pertama Kompleks. Selamat mencuba!.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


11 Comments


  1. 1. titan says:

    kawan aku buat yg ini. Memang buat duit. Walaupun takdela juta-juta. Tapi diorang memang pandai buat duit nih..Tapi kene pandai carila klu nk jual kat e-bay..

  2. 2. matzis says:

    titan, bukan susah nak cari wang kertas atau duit syiling lama ni…pergi jer kat ampcorp mall setiap hari sabtu dan ahad…ha disitu bermacam2 koleksi wang ada….

  3. 3. Noorizam Shah says:

    alternatif yang dekat dengan shah alam boleh jenguk uptown shah alam. :)

  4. 4. ammbiz says:

    pasal duit lama tu , kalau leh saya nak letakkan kat ammbiz.com nak tolong jualkan … cam ner .. kalau ada email pun tak pe

  5. 5. matzis says:

    cerita pasal koleksi duit, dulu aku pun tak berapa banyak koleksi duit dan tak berapa tahu pun pasal duit ni mempunyai keunikannya tersendiri. Semenjak berkecimpung dengan kawan2 cerita pasal duit akhirnya minat so mulalah membeli duit kat ebay pastu jual balik kat ebay. Di ebay saya mula berkawan ngan otai2 ebay dan collector yang menjual barang kat ebay…mereka mempelawa ke kedai mereka dan akhirnya menjadi kawan rapat dan akhirnya di situlah saya mendapatkan segala koleksi wang lama…ermmm!!

  6. 6. jamie says:

    askum,saya ingin menjual syiling lama!!banyak juga,syiling naga cina pun ade!!tp tak tau nak jual macamane??bleh bantu x?

  7. 7. matzis says:

    jamie, boleh jualkannya di ebay.com.my atau kalau nak lebih komersil bukalah kedai online store. macam2 sekarang ni elemen2 yang boleh mengetengahkan produk anda untuk dijual didalam internet.

  8. 8. syah says:

    Salam sejahtera..
    Saudara matzis apakah buku yang saudara cadangkan untuk saya mendalami ilmu tentang koleksi duit2 lama, bagaimana mengenal pasti tahun ia di keluarkan, kertas yg digunakan dan sebagainya.. Atau adakah laman web lain yang boleh memberi pengetahuan kepada saya tentang ciri2 duit lama ini. Saya memang ada asas untuk meminati duit lama kerana dahulu bapa saya juga gemar mengumpul wang lama..

  9. 9. matzis says:

    nak mendalami ilmu duit ni kena banyak research kat buku2 dan internet dan juga banyak belajr daripada otai2 collector (cam saya). boleh rujuk blog http://my-koleksi.blogspot.com

  10. 10. my-koleksi says:

    Terima kasih MATZIS kerana tolong promote blog aku http://my-koleksi.blogspot.com

    Rajin2 lah berkunjung ke blog aku, info akan selalu diupdate kalau aku tak busy

  11. 11. matzis says:

    my-koleksi, bro tengok hits pengunjung anda semakin tinggi…sebelum anda suka-suka buat blog nanti akan jadi duka bila blog anda kena suspended. bro harap bertukarlah blog berbayar..tak rugi..nasihat bro ler.



Leave a Reply