Home » Artikel »

Kelemahan Dropsipper Di eBay

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu bro memohon kemaafan kerana terlalu lama untuk mengemaskini artikel terbaru berkaitan bisnes ebay. Pada kali ini bro ingin berkongsi maklumat kepada anda berkaitan dengan bisnes dropshipper yang dijalankan di ebay. Bisnes yang dilakukan di ebay berasaskan dropshipper jika dilakukan dengan penuh strategi tidak mustahil anda akan mendapat pendapatan yang lumayan di ebay tambahan pula ianya dilakukan bersama pihak ketiga.

Namun didalam mencapai keuntungan berganda menguruskan bisnes dropshipper di ebay, tahukah anda terdapat beberapa kelemahan yang pasti anda akan tempuhi jika anda tidak berhati-hati didalam menguruskan bisnes dropshipper ini. Antaranya kelemahan dropshipper di ebay adalah seperti berikut;

  1. Jika anda melakukan bisnes dropshipper di ebay, pastikan anda menguruskan betul-betul pada pembekal anda ketika membuat pesanan produk untuk pelanggan anda. Jika berlaku sebarang kesilapan pesanan produk kepada pelanggan anda dan kesilapan itu pula adalah disebabkan oleh kecuaian anda, maka kelemahannya di sini, pihak dropshipper tidak akan bertanggungjawab tentang kesilapan tersebut.
  2. Jika anda ingin mencuba bisnes dropshipper, pastikan anda membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam terlebih dahulu tentang status dropshipper yang hendak anda berurusan dengannya. Kelemahannya disini jika anda kurang berhati-hati tentang membuat penyelidikan tentang status dropshipper tersebut, mungkin anda adalah salah seorang yang mungkin tertipu daripada beberapa dropshipper penipu di ebay.
  3. Penghantaran sangat penting di ebay, jika anda berurusan dengan dropshipper sila pastikan ianya menghantar produk anda dengan cepat kepada pelanggan anda supaya tidak menjejaskan reputasi anda sebagai penjual di ebay. Kelemahannya disini, pihak dropshipper kadang-kadang menghantar lewat produk anda kepada pelanggan anda jika terdapat banyak tempahan yang mereka terima daripada pelanggan mereka. selain itu, untuk menjimatkan kos dan masa mereka akan menghantar secara pukal dalam jangkaan masa yang mereka sudah tetapkan.
  4. Berurusan dengan bisnes dropshipper bermakna anda mencuba nasib. Ini bermaksud anda menjual produk pihak ketiga tanpa anda menyentuh dan melihat produk tersebut. Kelemahannya disini jika ada pelanggan anda membuat komplin kepada anda tentang produk yang mereka rosak, maka pihak dropshipper tidak akan bertanggungjawab malah mereka memberitahu kepada anda bahawa sebelum mereka menghantar produk tersebut didalam keadaan baik. Ini adalah alasan biasa pihak dropshipper untuk mengelakkan daripada mereka membayar gantirugi kepada anda.
  5. Ebay mempunyai polisi yang ketat tentang produk-produk yang tidak boleh di niagakan di ebay. Namun pihak dropshipper kurang prihatin tentang polisi ini, janji mereka mendapat untung dan dapat memberi sedikit perkhidmatan bisnes kepada anda di ebay itu yang paling penting bagi mereka. Kelemahannya disini, bagi anda yang kurang perihatin dan kurang pengetahuan tentang polisi yang ditetapkan oleh ebay, maka produk yang anda jual di ebay melalui dropshipper mengakibatkan akuan ebay anda akan mengalami masalah seperti digantung atau ditamatkan terus.




Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


13 Comments


  1. 1. Samdaddycool says:

    “pos pukal’ tu memang tak boleh blah.. Lagi-lagi kalau kita guna service shipping tanpa tracking no.. tertanya-tanya samada dah pos ke belum. kadang-kadang diaorang lambat ship barang yang kita order, masa kita order, cepat juga status ditukar kepada ‘order processed”.

  2. 2. matzis says:

    penghantaran salah satu kelemahan yang sangat ketara bila berurusan dengan dropshipper yang aktif terima tempahan yang banyak…

  3. 3. Mits says:

    dropshippers pun kebanyakan middle man jugak..

  4. 4. omecool20 says:

    Sebab itulah saya berhenti menggunakan ‘supplier rahsia’.. kini saya menggunakan dropshipper yang offer tracking :-) dan local ..maksudnya, dropshipper itu berada di kawasan lelong yang saya ceburi.

  5. 5. Oh! Duit says:

    Sekarang ini telah ada dropshipper tempatan dengan disediakan sekali tracking code..betul penghantaran yang paling menjadi punca kelemahan dropshipper..tapi kadang-kadang dropshipper sahaja pilhan yang ada kerana kekangan masa contohnya seperti pelajar untuk berniaga di eBay..

  6. 6. Suhaimi says:

    Boleh tolong beritahu siapa dropshipper tempatan? Saya nak berurusan dengannya…

  7. 7. blukamal says:

    EXANDROPSHIP.com cuba la made in malaysia

  8. 8. Mohd Najib says:

    Mmg byk kelemahan jugak dgn dropship ni..Lebih baik juga kita ada produk fizikal yg boleh diniagakan di ebay..Kita sendiri yg handle dan ada tracking no..

  9. 9. msaifuln says:

    Salam Bro Matzis,

    Lama saya tak melawat blog bro ni. Bagi saya sebagai seorang part timer ebayer lebih suka drop ship. Barang2 fizikal pun ada sikit2..

    Cara saya drop ship.
    Kalau jual di US cari drop ship US.
    Jual di UK cari drop ship UK.

    Good Luck.

  10. 10. BlogBelajarNiaga says:

    Saya berharap ramai la dropshipper kat malaysia ni yang akan tawarkan servis terbaik..

    saya bukan nak mengata tapi anda setuju tak kalau saya katakan

    “rakyat negara kita ni susah nak maju berniaga sebab gelojoh nak cepat kaya.. tawarkan macam-macam pastu lepas ambil duit orang terus ilang, atau tak dapat beri apa yang dijanji”

  11. 11. matzis says:

    BlogBelajarNiaga, memang betul dan sangat setuju dengan kenyataan tu…sebab tu bro tak mau lagi buat PC eBay buat masa ini takut kalau tak terlayan dan tak mampu bagi perkhidmatan yang terbaik memandang tugas dan tanggunjawab tentang kerja semakin bertambah-tambah.

  12. 12. Vallians says:

    If you looking at T-shirt Drop Shipping to worldwide or to USA, we can provide that. Cheap and Fast processing from sending invoice, processing (3-7 days depend on quantity and buyer address), fast shipping using USPS with tracking number.

    visit vallians.com or email me at support@ vallians.com

  13. 13. jakun says:

    kt sini ade senarai dropshiper tempatan: http://www.wangcyber.com/forum/ebay/27095-dropship-warga-wc.html



Leave a Reply