Polisi Hakcipta Di eBay
Salam kepada semua pengunjung setia blog ini, bro meminta maaf kerana anda terlalu lama menunggu kemaskini artikel blog panduan ebay ini. Artikel kali ini bro berkongsi ingin maklumat tentang polisi yang terdapat di ebay iaitu antaranya yang sangat popular adalah tentang pelanggaran polisi hakcipta di ebay.
Pelanggaran polisi hakcipta yang terdapat di ebay sememangnya sangat dikuatkuasakan oleh pihak ebay kepada semua penjualnya yang mana menjual produk yang telah melanggar polisi hakcipta di ebay. Ini adalah termasuk produk-produk yang sudah mempunyai hackipta dan penjenamaan yang tinggi. Jika anda seorang penjual di ebay melanggar polisi ini, yang pastinya akaun ebay anda akan di gantung (suspended) dan semua produk-produk yang anda jual yang ada kaitan dengan pelanggaran polisi maka semuanya akan dibuang (remove) daripada senaraian jualan di ebay.
Bila anda didapati melanggar polisi hakcipta, ebay akan segera memaklumkan kepada anda melalui email bahawa akaun ebay anda digantung untuk beberapa hari yang telah ditetapkan oleh pihak ebay. Pada dasarnya bunyi yang ditulis didalam email ebay seolah-olah akaun ebay anda akan aktif selepas beberapa hari ditetapkan dan akan aktif tetapi kadang-kadang pergantungan tersebut juga akan melebihi daripada tarikh yang ditetapkan oleh ebay. Ini bergantung kepada kesalahan serius yang anda lakukan. Jika kesalahan anda kurang serius berkemungkinan besar akaun ebay anda terselamat dan akaun ebay anda akan diaktifkan semula tetapi jika sebaliknya akaun ebay anda akan berkubur disitu sahaja tanpa sebarang pengaktifan semula.
Nasihat bro sebelum anda menjual kenal pasti dahulu produk yang anda jual tersebut agar tidak melanggar hakcipta polisi yang telah ditetapkan oleh pihak ebay. Jangan terlalu memikirkan keuntungan semata-mata sehingga melanggar polisi ebay yang sedia ada sehingga akaun ebay anda menjadi taruhan. Bro sendiri mempunyai akaun ebay dan mampu bertahan sudah 5 tahun sejak ianya dibuka pada tahun 2006 lagi. Antara tips menjaga akaun ebay bro bertahan lama sehingga kini dengan mengamalkan penjuaanl produk di ebay secara beretika. Selamat berbisnes!.





Terima kasih Bro Info polisi dan nasihat tetang ebay ni..teruskan menulis blog ebay..smoga berjaya dlm biz ebay
InsyaAllah, selagi bro mampu menulis dan berkongsi maklumat berkaitan ebay ini, bro akan teruskannya…
Thanks bro diatas perkongsian tip diatas…rindu sggh pd artikel bro kt blog nih..akhirnya penantian sudah terlaksana..hehe..thanks sekali lg sy ucapkan diatas perkongsian didlm ebay selama ini..dlm xsedar sudah 1 tahun lebih sy bergiat didlm ebay nih…byk ilmu yg bro curahkan didlm blog ini menjadi rujukan sy..insyallah..satu hari nnti sy harap kita akn dpt bersua muka..: )..
FailyNoor, jika ada facebook bolehlah add facebook komuniti Blog Panduan eBay bahasa Malaysia di http://www.facebook.com/group.php?gid=298319770587
Lama dah x baca post terkini Sifu saya nie… Hehehe
salam kenal semua, semua!
saya berminat untuk berebay dari mana sepatutnya saya mula
salam bro..nk tanye ni kepada siape2 yang bleh bantu..klu saye nk jual pakaian branded yang saya dpt dari factory outlet agak2 boleh tak? contoh mcm jeans levis, ax, guess dll..tu boleh dikira melanggar undang2 ke sbb menggunakan trademark company lain…??