Home » Artikel »

Produk China Di Ebay

Salam kepada semua usahawan ebay, pertama sekali bro meminta maaf kepada pengunjung setia blog ini sebab sudah lama blog ini tidak dikemaskini disebabkan kesuntukkan masa dan juga kekangan tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan terlebih dahulu. Di kesempatan ini, bro ingin berkongsi maklumat tentang kebanjiran produk daripada China yang boleh diurusniagakan di ebay.

Sepertimana yang anda tahu, produk China semakin berlambak-lambak di ebay. Ini adalah disebabkan terlalu ramai penjual di ebay melakukan bisnes secara “Dropshipper” menjual produk “Made In China”. Kenapa usahawan ebay suka menjual produk daripada China? Bagi bro ini adalah disebabkan harganya murah dan dari segi kualiti setanding dengan produk penjenamaan lain yang hebat malah ianya juga mempunyai banyak kelebihan. Kalau dulu memang ya, kualiti akan menjadi taruhan tetapi kini produk China mempunyai R&D sendiri sebelum dikeluarkan untuk menstabilkan kualitinya.

Hasil daripada jualan Gadget dan Mobile Phone produk China yang dilakukan oleh bro sendiri telah mendapati ramai sambutan yang telah membelinya daripada store bro di ebay. Ini kerana mobile phones telah dipelbagaikan mengikut keperluan semasa pengguna. Kesimpulannya terpulanglah kepada anda untuk mahu mencuba menjual produk buatan China di ebay. Selamat berbisnes!.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


9 Comments


  1. 1. nuwa says:

    Yup bro.. Produk hot tu mmg dpt sambutan.. :-)
    Apa crita kt LIMA bro?

  2. 2. matzis says:

    nuwa, LIMA 2009 kali ini memang kurang sedikit sambutan berbanding 2 tahun lepas namun pertunjukkan udara sedikit membantu menghangatkan suasana dengan pertunjukan jet pejuang shukoi dan MIG-29N oleh pemandu tanahair kita sendiri…

  3. 3. maizul.com says:

    Boleh tahan jugak barang-barang dari china ni bro. Tapi ada juga yang berangan yang tak bertahan lama.

    Terima kasih juga diatas info yang berguna dari bro.

  4. 4. ijamidayu says:

    Wah!! Thanks bro. Product CHINA nie pun leh tahan kita wat more $$$$ :D

  5. 5. Sain-Web.Com says:

    Barang china ada jugak yang ok..tak semuanya kualiti die kurang… apa yang penting memang murah compare ngan produk negara lain..

  6. 6. ammbiz says:

    salam abang mat ,

    Barang dari china skg ada yang dah bertambah baik dari segi kualiti nya.

  7. 7. chak says:

    barang cina leh jual
    pandai pilih leh wat duit
    tapi hati2 cina main kotor,
    bila dia tengok kita jual barang cina
    depa beli dan bantai kita “negative feedback”
    sampai “beku” silap2 kena ban.

    aku kena bom dari 100% feedback
    6 negative – made in china – dalam masa sebulan shj
    rating drop 97.6% (acc dibekukan oleh ebay)
    last word dapat dari depa (have a nice day) <- cam g*mp*ng

    depa nih bijak
    nak trace pon tak leh sbb bukan add china
    semua dok merata dunia spain/us/uk

    jadi kita tubuhkan persatuan bangsa2 bersatu malaysia seller.
    untuk keselamatan peniaga ebay dimalaysia.

  8. 8. arts says:

    kalau nak lagi best borong barang dari cina baanyak banyak rega lebih murah pas tu jual kat ebay ,untung 2-3kali ganda, pastikan barang tu hot kat ebay (mesti terjual) sekarang ni dok tungu barang sampai , dah 1 minggu lebih dok tunggu raya punya pasal………list dalam 2-3 hari dah habis.order barang 7-10 hari hehehe

  9. 9. WAN says:

    Kursus Memborong di China !!!

    Objektif Kursus

    *Meningkatkan keupayaan orang Melayu sebagai pemborong
    *Memecahkan monopoli orang lain
    *Memberi pendedahan dan selok belok membeli barangan dari China
    *Menjalin hubungan antarabangsa
    *Menjadi pengimport dan pengeksport

    KANDUNGAN KURSUS

    ~ Pengenalan Negara China – Kelebihan China, Peta dan Kedudukan, Matawang
    China, Keadaan cuaca

    ~ Urusan Pasport dan Visa – Keperluan sebelum ke China, Bagaimana nak dapat
    Visa, alamat yang boleh dihubungi

    ~ Tiket Penerbangan – Perbandingan harga tiket, Bagaimana dan bila nak beli
    tiket, laluan utama dan kelebihannya (Macau, Hong Kong,
    Shenzhen), Cara tempah tiket online

    ~ Hotel dan Penginapan – Cara cari hotel yang murah, harga hotel di China

    ~ Restoran, Makanan dan Minuman – Mencari restoran Muslim

    ~ Pengangkutan Tempatan – Pengangkutan yang sesuai, harga meter teksi, cara
    berkomunikasi yang mudah, penipuan teksi

    ~ Keperluan Tambahan – Cara buka akaun bank di China, cara keluar duit dari
    bank Malaysia atau Kad Kredit, bagaimana dapat sim-card,
    berapa charge call dari Malaysia dan ke Malaysia,
    peringatan tentang duit palsu, cara mengenali duit palsu

    ~ Tempat Borong yg Menarik – Yiwu, Guangzhou, Shenzhen, senarai plaza borong di
    China, bagaimana menjalankan proses perniagaan,
    cara membawa barangan ke gudang untuk penghantaran
    ke Malaysia

    ~ Contoh Produk – Contoh produk berpotensi tinggi, produk masa depan yang belum
    masuk pasaran Malaysia, bandingan harga borong dan harga jual
    produk tersebut

    ~ Pengangkutan Barang ke Malaysia – Pengangkutan udara, agen, harga
    penghantaran, pengangkutan laut, gudang dan
    kos per cbm, gudang di Malaysia dan tempoh
    barang sampai ke Malaysia

    ~ Penghantaran Duit – Perbandingan cara hantar dan kos, western union, TT dan
    lain-lain, kelebihan dan kelemahan yang wujud

    ~ Mencari pembekal melalui laman WEB – Website yang ada dan boleh dipercayai,
    apa itu trustpass dan gold supplier,
    bagaimana berurusan dan membuat bayaran,
    nasihat berkenaan hal ini

    KURSUS INI AKAN DI ADAKAN PADA 25 JULAI 2010, BERTEMPAT DI DEWAN SEMINAR PKNK, TINGKAT 7 DARI JAM 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

    PENCERAMAH MERUPAKAN SEORANG PENSYARAH KANAN DARI UUM

    YURAN PENYERTAAN ADALAH RM200.00 TERMASUK MAKAN DAN MINUM
    TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 15 JULAI 2010

    UNTUK PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN, HUBUNGI
    04-928 3895 ATAU 04-928 3652



Leave a Reply