Kenapa Kurang Berjaya Di eBay
Salam, apakahabar kepada semua usahawan ebay? adakah anda sudah mencapai tahap kejayaan yang serius atau masih lagi ditahap kurang berjaya di ebay. Artikel kali ini bro ingin berkongsi maklumat dan juga ilmu kenapa dan mengapa seseorang individu itu kurang berjaya di ebay. Jika disebut sahaja bisnes ebay sudah pasti ianya adalah satu cabang perniagaan yang sangat luas didalam talian online. Antara beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu kurang berjaya di ebay boleh di rumuskan seperti berikut:
Kurang Kajian
Apabila anda ingin menjual produk di ebay, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu tentang produk yang hendak anda pasarkan di ebay. Kajian ini bukan sahaja meliputi aspek produk itu sendiri malah dari segi harga harus diambilkira dalam kajian produk anda. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memastikan produk anda sama ada didalam kategori permintaan pembeli ataupun tidak dan dari segi kajian harga supaya anda lebih bijak mengatur strategi harga yang mana kurang saingannya dengan penjual yang lain.
Kurang Ilmu
Sepertimana yang anda tahu bisnes ebay bukanlah perniagaan yang kecil tetapi ianya adalah bisnes yang sangat besar. Jika anda ingin berbisnes di ebay pastikan anda adalah seorang yang berilmu mengenai selok-belok perniagaan bisnes ebay ini. Ilmu sangat penting dan tuntutlah ilmu bisnes ebay dengan apa cara jua sekali pun samada membeli buku konvensional, ebook mengenai ebay, laman web ebay, blog panduan ebay dan sebagainya.
Kurang Strategi
Strategi sangat penting untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan. Diadalam bisnes ebay startegi yang bro maksudkan ialah bagaimana anda melaksanakan dan mengurus bisnes ebay anda setiap hari. Adakah anda melihat bisnes ebay ini hanya sekadar main hentam sahaja atau sebaliknya? jika anda berbuat demikian sudah pasti anda tidak mengatur strategi berkaitan bisnes ebay ini. Cuba atur strategi bisnes ebay anda seperti masa senaraian produk anda mestilah berada dilandasan yang betul mengikut masa dimana anda membuat senaraian produk tersebut. Selain itu, cuba bermain dengan harga permulaan dan juga kos penghantaran untuk mendapatkan strategi yang baik.
Kurang Faham
Jika anda tidak faham tentang bisnes ebay anda kena bertanya kepada orang yang lebih faham mengenai bisne ebay. Jangan anda tidak faham tetapi anda buat-buat faham 100% padahal anda sendiri tidak faham apa itu bisnes ebay. Tidak salah bertanya kepada seseorang yang sudah berjaya di ebay kerana setiap pertanyaan yang anda tidak tahu atau tidak faham akan lebih membuahkan hasil yang baik didalam bisnes ebay anda.
Kurang Yakin
Keyakinan terhadap bisnes ebay ini sangat penting. Jangan teragak-agak atau terlalu memikirkan sesuatu yang bersifat negatif atau tanggapan yang tidak baik mengenai bisnes ebay. Jika anda bersifat demikian, maka anda akan sentiasa takut atau kurang yakin untuk mencuba sesuatu didalam bisnes ebay. Jika anda rasa ingin mencuba sesuatu yang baru teruskan niat anda dengan penuh keyakinan didalam diri anda.
Kesimpulanya, selain faktor diatas ada banyak lagi faktor yang menyebabkan kenapa anda kurang berjaya di ebay. Jalan yang terbaik hindarkan segala apa jua faktor-faktor yang menjurus kearah yang menyebabkan anda kurang berjaya tetapi sebaliknya lebih berusaha melawan semula faktor kurang berjaya kepada lebih berjaya didalam bisnes ebay. InsyaAllah!.





saye ade kesemua kekurangan yg disenaraikan dia tas
fuh..kene usaha lebih lg ni..
sy sokong btol tang kurang faham tu. sy skrng pun main hentam je buat ebay ni. kalo sy xpaham apa psl ebay, sy tanya bro bleh?
Sy ada kekurangan yg di senaraikan… kena usaha lg.
kepada yang kurang faham..jangan malu bertanya, pada bro setiap pertanyaan insyaAllah bro akan jawap tidak kiralah lambat ataupun cepat….
nampaknya saya perlu usaha dgn lebih gigih lagi dalam bisnes ebay ini
Saya SETUJU 100%…
Perlu melakukan semua yg bro katakan…
Alhmdllh seleps mendalamai semuanya selama 1 tahun.. ALhmdllh mendapat juga ILMU dari Ebay..
Nak kata berjaya seperti bro Matzis tak juga.. Tapi atas tunjuk ajar bro Matzis.. Saya berjaya MAKE MONEY dengan EBAY..
THanks SIFU!!! Jadi, kepada rakan2 yg masih keliru.. eh la amik personal coaching (PC) oleh bro matzis..
TidaK LUpa juga.. Buku2 yg berada dipasran juga memainkan peranan.. Forum2 yg ada juga..
Maksudnyaa ILMU itu penting.. Jika tiada ILMU semua itu tidak menjadi..
Perkara pertama yang harus ditolak dari metaliti rakyat Malaysia ialah nak cepat kaya..nak duit segera dari eBay..sebab itu tak dapat dinafikan ramai yang kurang berjaya sebab rakus nak kan UNTUNG segera dari eBay..
eBay ialah bisnes..bisnes bukanlah semudah ABC..atau sesegera Mee Maggie..bisnes is for long term,jangka panjang..banyak perlu dipelajari..
Walau apa pun KHA tetap pentingkan ILMU,biar berbayar atau PERCUMA harus bersyukur dengan apa jua ilmu yang diperoleh..barulah berkat ilmu tu untuk memajukan bisnes eBay.
Sekain..
apa guna nya eBay Coaching…harap bro matzis dapat membantu setiap pertanyaan saya pada bro.
saya ada juga ciri ciri diatas.. yang penting sekarang kena menuntut ilmu lagi dengan sifu – sifu semua,.. harap beri tunjuk ajar..
awe 9,
eBay Nebwbie.
Salam bro..
Ada permintaan tinggi tak jika menjual radio antik, jam dinding antik, sterika tembaga/besi antik, replika meriam antik, pemain piring hitam antik, dan pelbagai lagi barangan antik yang berusia 50-70 tahun? Tapi saya kena beli dulu barangan tu semua dengan harga RM100 – RM1500 di kedai..Terima Kasih
salam,
ebay adalah tempat untuk kita renung2kan potensi besar yg ada didalamnya. dari sekadar hobi beli beberapa vintage untuk collection, sy dah nampak connection yg besar hanya dr sekadar “hobi” sy tu…. .yg penting jgn takut mencuba, btoul kater bros…. .
hai salam otai2 semua,
mintak tolong sangat2 neh..
saya nak tanya sikit, saya dah bukak store di malaysia.
tapi masa nak buat listing ke ebay luar, kenapa saya tak ada option store inventory listing?
kena ada berapa feedback baru option store inventory listing baru ada?
harap boleh bantu ye..:)thx