Home » Artikel »

Usia Blog Panduan eBay

Salam usahawan ebay sekalian, diam tak diam rupanya blog Panduan eBay Bahasa Malaysia sudah menjangkau usia 4 tahun bermula pada 11 Oktober 2006 dengan penulisan artikel pertama mengenai ebay iaitu Tips Berkesan Menulis Keterangan Di eBay. Pada asalanya blog ini suka-suka sahaja bro menulis panduan ebay ini, namun tidak menyangka pula telah menerima maklumbalas yang baik untuk supaya mereka mengekalkan penulisan mengenai panduan ebay ini. Untuk pengetahun anda, blog panduan ebay pertama bro hanya tulis di blogger dengan alamatnya pada masa itu matzis.blogspot.com. Sehinggalah bro mendapat nasihat daripada SIFU Sukeri supaya membuka domain berbayar kerana beliau nampak akan potensi blog ini dan juga krediabiliti yang akan datang.

Sepanjang tempoh 4 tahun bro mengucapkan terima kasih kepada SempoiHosting kerana telah memberi perkhidmatan yang terbaik didalam menyelanggara blog Panduan eBay Bahasa Malaysia ini. Untuk makluman usahawan ebay, kini blog Panduan eBay Bahasa Malaysia telah di sponsor sepenuhnya oleh Sifu LAN kerana komitmen yang bro tunjukkan beliau sanggup menaja blog ini. Sekali lagi bro mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Sifu LAN semoga rezeki anda didalam bisnes ebay bertambah. Akhir sekali, semoga anda semua mendapat manafaat atau sedikit panduan mengenai bisnes ebay ini. Selamat berbisnes!.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


9 Comments


  1. 1. Kak Rohani says:

    Salam Matzis,

    Tahniah akak ucapkan buat Matzis. Matzis dan Sifu Lan adalah sifu akak yang cukup byk memberi bantuan dan tunjuk ajar dalam bsines ebay ni.. Semoga Matzis dan Sifu lan akan terus menemui kejayaan demi kejayaan dlm hidup ini..Amin

    Terima kasih daun keladi, lepas ni ajar lah lagi… he he

  2. 2. matzis says:

    Kak Rohani, saya belum pernah lagi tengok semur dengan akak sanggup belajar bisnes ebay ini. Saya dan rakan-rakan lain sentiasa mendoakan agar akak mencapai kejayaan didalam bisnes ebay ini.

  3. 3. shahraduan says:

    Usia Sifu Matzis ni Berapa Pulak yerk…hehehehe. ramai blom tahu lagi nih.

  4. 4. matzis says:

    shahraduan, hehehe takde rahsia punya..umur dah 36 tahun..hehehe

  5. 5. enKHA says:

    Bila ditanya umur rasanya KHA masih newbie lg.:-).x apa eBay tak kira umur..saudara Matzis teruskan penulisan blog ini,ILMU yang baik seharusnya kita semua dapat & manfaatkan bersama..

  6. 6. Fadzli Ahmad says:

    baru 36..mude lagi tu..leh tambah satu lagi hehehe

  7. 7. nuwa says:

    Tahniah bro! Boleh la buat kenduri nie.. Hehehe

  8. 8. Kak Rohani says:

    Salam,

    terima kasih matzis! walau berapa usia, yg penting kita mahu melakukannya…kalau usia muda, tapi tiada tindakan apa pun tak jadi.. betul tak… harap semua terus berusaha utk kejayaan diri dan keluarga..

    kak Ani

  9. 9. optom77 says:

    salam bro matzis,

    boleh tak bro email saya cara/trick lepaskan payment hold kat Paypal tu tanpa menunggu dpt feedback/21 hari..

    saya nk PM bro di wc, tapi terlupa hari tu.



Leave a Reply