Majalah Ebay 2010
Salam, apakhabar usahawan ebay sekalian. Semoga anda semua menjana pendapatan di ebay dengan lebih sukses dan jayanya. Artikel kali ini bro ingin berkongsi maklumat berkaitan majalah ebay 2010 yang di tulis oleh simon brew. Majalah ini sangat bagus kepada semua peringkat usahawan ebay untuk membacanya tidak kiralah status newbie, oldbie, advance, sifu dll.
Kepada newbie, majalah ebay 2010 ini cukup bagus sebab di selitkan bagaimana caranya untuk membuka akaun ebay, akaun paypal, cara membuka store di ebay dan sebagainya. Bro sendiri telah memiliki majalah ini dan seterusnya membaca untuk menambahkan lagi ilmu berkaitan ebay menjelang tahun 2010. Selain itu, terdapat juga tips-tips dan panduan kepada semua usahawan ebay tidak kiralah status anda di ebay sebagai penjual ataupun pembeli. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi akan rencana apa lagi yang ditulis didalam majalah ebay 2010 ini, bolehlah membelinya di kedai-kedai terkemuka seperti MPHBooks atau Kedai Buku Popular dengan harga RM19.90 senaskah.
Kesimpulannya, lebih banyak anda membaca buku, ebook atau majalah mengenai ebay, maka semakin banyaklah ilmu anda tentang ebay. Janganlah terlalu berkira untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu tidak kiralah sama ianya berbayar ataupun percuma. Selamat berbisnes!.







terima kasih Bro matzits bg malumat ini..esok saya akn dpt buku ini..
pg kl mggu depan nk rembat buku ni
thanx bro!!
saya jumpa majalah ni kat MPH semalam
Thanks bro for informing… saya memang tidak tahu…
saya dh beli dan khatam..mmg best!
Harga berpatutan..boleh beli lah nanti..nak baca time cuti semester ini.;-) Tambahkan ilmu di dada
eh, tak perasan mag ni kat mph! kdg2 saya suka pegi MPH dan BORDERS Midvalley baca buku(sy mmg suka baca buku, tapi tak sampai peringkat ulat buku la). So kalau ada sapa2 ternampak ada org tgh baca buku ebay kat mph tue, tegur2 la. mana tau tu saya. hehe.
Biasanya klau ada tips berguna dlm buku2 ebay(atau buku lain), saya akan save isi penting tips tu dlm handphone nokia buruk saya bahagian ‘notes’, atau time baca, tiba2 dapat idea hasil dr bacaan, sy akan save dlm notes nokia gak.
p/s: matzis kalau g mph, cuba cari buku ’sex, lies and handwriting’ oleh michelle Dresbold, pasal analisis tulisan tangan. Sangat menarik dan ringkas. Saya pd mulanya hanya membelek-belek 5 m.s, akhirnya terbaca habis!
asyraf, bro suka membaca dan membelek2 buku di kedai MPHBooks sebabnya tiada yang melarang ketika kita membaca berbanding dengan kedai yang lain siap kena balut lagi tu buku dan tampal perkataan “Harap maaf dilarang membaca sebelum membeli”….hehehe
Bro Matzis,
Semalam sy ada pegi MPH JJ Bukit Raja, dah belek2 pon ni tapi tak terbeli la plak. Baca2 mcm tu jer.. Tapi ada satu persoalan la, ada page yg satu tu ttg “alternative other then PayPal” cth paypay la, moneybrooke la, dan lain2 lg..
Nak tya bro matzis la dan kepada yg lain2 kat forum ni, sudah di bolehkan ke kita pakai selain paypal sebagai payment method di eBay ni? Atau sy ni masih lagi ketinggalan..tak tau apa2 ttg ni?? Tolong jelaskan..Terima kasih.
dah beli buku tu! buat masa ni, m.o.p di ebay US umumnya masih lagi paypal. tp kdg2 rs paypal amik byk sgt % la.
untuk makluman usahawan ebay semua, buat masa ini kita terpaksa terima hakikat bahawa paypal masih lagi di terima pakai oleh pihak ebay untuk terima pembayaran urusniaga yang dijalankan di ebay…so kita tiada pilihan lain.
majalah ebay. satu penambahan ilmu yg baik. nice tips bro.