Home » Artikel »

Paypal Senaraikan Ringgit Malaysia

Salam, berita gembira kepada semua usahawan ebay kerana pihak paypal telah menyenaraikan matawang Ringgit Malaysia untuk tujuan pengeluaran wang didalam akaun paypal. Penyenaraian tersebut telah dilakukan pada 14/10/2009 selaras dengan polisi baru paypal. Bagi negara kita Malaysia, setiap pengeluaran akan dikenakan caj sebanyak RM20. Jika pihak paypal sudah menyenaraikan matawang Ringgit Malaysia, maka tidak mustahil satu hari nanti wang yang dikeluarkan daripada akaun paypal akan boleh dimasukkan terus ke bank tempatan di dalam Malaysia.

Persoalannya jika wang didalam akaun paypal sudah boleh dimasukkan terus kedalam akaun bank tempatan suatu hari nanti, adakah ianya akan dipantau oleh Bank Negara Malaysia? Jika ianya dipantau maka sudah pasti semua usahawan ebay dan juga internet marketer yang mempunyai pendapatan didalam akaun paypal melalui internet akan dikenakan cukai pendapatan.

Melalui pengamatan bro mengenai polisi baru paypal ini, terdapat satu perubahan dibahagian manage currencies iaitu kalau dahulu kita tambah banyak matawang negara (add currency) contoh USD, AUD & GBP boleh disatukan kepada satu nilai matawang sebelum pengeluaran, kini anda tidak boleh lagi melakukannya kerana setiap tambahan matawang negara yang anda buat hanya boleh dilakukan mengikut matawang negara tersebut bagi setiap satu transaksi. Contoh, jika anda ada tambah matawang negara USD, AUD & GBP didalam akaun paypal maka untuk mengeluarakan wang ketiga-tiga matawang tersebut anda kena membuat 3 kali transaksi di akaun paypal. Ini bermakna anda akan dikenakan caj RM60 untuk 3 pengeluaran tersebut. Selamat berbisnes dan sentiasa peka dengan kemaskini polisi terbaru paypal.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


6 Comments


  1. 1. samdaddycool says:

    ..hmmm paypal dah kemaruk.. byk sangat nak cas… nak gunagoogle checkout, Malaysia belum boleh.. Sekarang tengah berkira-kira nak terima alertpay.. bro dah cuba alertpay dlm ebay?

  2. 2. matzis says:

    salam, nak buat macamana sebab ebay dah sahabat baik dengan paypal..so seller tak boleh nak buat pilihan jika bisnes di ebay terpaksalah juga gunakan paypal. sebenarnya banyak lagi spt moneybrookers dll…

  3. Makin memeningkan dengan caj2 semakin banyak.. Huhuhu

  4. alertpay.com alternatif pade paypal…
    sy dh gune untuk join bisnes Global NPN…
    ok juge….
    duit terus boleh kuarkn ke acc maybank….

  5. 5. enKHA says:

    Bagus juga lah.dapt keluarkan ke akaun bank..tetapi lepas ni konfirm semua kena legal & daftar pernigaan..hehe

  6. 6. samdaddycool says:

    Nasib baik la paypal berbesar hati menerima rakyat Malaysia sebagai salah sorang anak buah… sekarang dengan senang hati dapat cash out fund kurang seminggu.. Alhamdulillah



Leave a Reply