Dropshipper Semakin Tepu Di eBay
Salam usahawan ebay, semoga anda semua berada didalam keadaan yang sihat dan ceria menjalankan bisnes ebay. Mungkin ada juga yang telah mencuba bisnes ebay ini tetapi masih lagi dalam proses mencuba dan terus mencuba sehingga kini. Tak apa, tak salah mencuba kerana apabila kita banyak mencuba sesuatu hasilnya anda akan dapat daripada setiap percubaan. Insyallah.
Kali ini bro akan berkongsi maklumat mengenai bisnes di ebay menggunakan konsep dropshipper. Semenjak akhir-akhir ini bro tengok di ebay terlalu banyak saingan penjualan produk terutamanya bagi penjual yang menggunakan khidmat dropshipper. Apabila saingan terlalu ramai, maka peratusan untuk mendapatkan jualan amatlah terlalu nipis. Oleh kerana dropshipper semakin ramai penjual yang menggunakan khidmat ini di ebay, maka sebab itulah bro rasa bisnes dropshipper semakin tepu.
Walaubagaimanapun, tidak semua dropshipper semakin tepu. Ini bergantung kepada daya usaha anda untuk mencari dropshipper yang menjual produk keperluan hangat semasa di ebay. Kepandaian anda untuk mencari dropshipper yang terbaik semestinya akan mendatangkan hasil yang baik. Tips yang ingin bro kongsikan disini adalah cuba cari produk hot di ebay, setelah mengenalpasti produk hot tersebut kemudian cuba plak cari dropshipper yang membekalkan produk tersebut dan deal sebaik mungkin tentang harga dan sebagainya. Selamat mencuba!.





Agaknya ada tak dropshipper lain yang bagus..hehe..boleh share sini ke? cheers!
Jom transformasi ke produk fizikal pulak… saya dh start mengepos dah.. hehe
ada produk fizikal yg boleh kongsi ke bro?
tgh mncari lg l ni
saya rasa lama kelamaan kita perlu beralih kepada produk fizikal juga. kelemahan menggunakan dropshipper ini kadang-kadang disebabkan kita sendiri. bg saya lah. minta maaf yer kalo ada yang marah. jika semua orang menggunakan dropshipper yang sama, kita khuatir dropshipper ini tak mampu membekalkan barang kerana permintaan terlalu tinggi. cara terbaik ialah guna produk fizikal. kita sendiri tau kemampuan sendiri menguruskannya. walaupun susah tapi lebih selamat.
dropshipper pon ok sebenarnya, tidak semestinya fokus pada satu dropshipper sahaja. kalau ada dropshipper dari Malaysia lagi best..tapi saya prefer produk fizikal kerana kesemua proses kita yang handle, so, untung pon lagi banyak, lagi satu ada tracking number yang penting, barang x sampai, sangkut kastam, itu bukan responsible kita, responsible buyer, so, xperlu nak refund2. setakat ni produk fizikal tiada masalah..alhamdulillah..
Kawe pon rase cam tuh. Jualan smakin sket skang nie. Terutama dropshipper XXXX yang diperkenalkan oleh sifuLan- Marah gak ako kat mamat nie.. hehehe…. tp pape pon, bro leh mencarik dropshipper yang menjual brangan yg lain….
boleh cuba dropshipper di alibaba.com kerana terlalu banyak produk hangat yang dijual ketika ini di ebay mereka supply 100%…
salam, nak tanya, saya tak jumpa cari dropshipper utk barangan letrik macam ipod, iphone n laptop. ada tak tuan nampak atau terserempak dgn dropshipper nie. kalu ada bleh antar melalui email saya? tx.
salam rasta362, uiks banyak dropshipper ipod, iphone dan laptop tu…cuba cari sikit kat alibaba.com berlambak2 kat situ…
salam bro, sy org bru nk tau psal ebay.. so nk mnta recommend sama ade bli ebook sifu lan or lubuk sumber produk ebay??.. tq..
Saya cadangkan anda mendapatkan dahulu ebook Sifu Lan. Ebook beliau sangat sesuai kepada mereka yang baru hendak mengenali tentang bisnes eBay. Lubuk sumber produk eBay pula agak advanced sedikit. Terima kasih.
dropshipping kalau leh takyah laa
contoh cam artsnow.com kalau baru mula bleh main.
buyer semua stok kencing demand barang tak sampai
kita tak leh nak wat apa “proof of shipping” tak dak.
aku kena ngan buyer beli 5 t-shirt ngan aku
pastu open case kat paypal demand barang tak sampai
repot kat artsnow depa wat bodo katanya barang dah antar
depa bagi 5% discount,cam tak dak duit buyer kita kena refund
barang artsnow kena beli lagi kalau RM tak per nih USD.
so yang kaya depa yang mati kita.pikir la baik2 sebelum terkena.