Home » Artikel »

Menjual Wang Kertas Di eBay

currency

Salam kepada semua usahawan ebay, kepada yang masih tercari-cari produk apa yang nak dijual di ebay, bro sarankan cuba menjual wang kertas di ebay. Ini kerana bukan sahaja mudah didapati malah ianya sangat senang untuk diuruskan dari segi penghantaran sebab kosnya yang murah tetapi mendapat permintaan yang tinggi di ebay terutamanya daripada kalangan peminat mengumpul koleksi wang kertas lama ataupun baru.

Apabila anda ingin menjual wang kertas, perlulah diingatkan bahawa anda perlu mempunyai pengetahuan mengenai wang kertas tentang harga semasa dan nilai-nilai wang kertas bergantung kepada kuantiti, kualiti dan gred wang kertas itu sendiri. Bisnes wang kertas tidak semudah meletakkan harga sesuka hati sebab pembeli wang kertas sudah mahir menilai pelbagai aspek wang kertas yang anda jual di ebay. Jika kena dengan gaya harga wang kertas anda, tidak mustahil wang kertas anda akan menjadi rebutan sehingga nilai rebutan berganda. Itulah kelebihan menjual wang kertas di ebay.

Sepanjang 2 tahun bro menjual wang kertas di ebay, kebanyakkan pembeli suka membeli wang kertas yang mempunyai nilai yang tinggi dalam kategori “RARE” iaitu sukar didapati. Selain itu, wang kertas menjadi pilihan iaitu wang kertas Malaya Japanese Government, Malaya & British Borneo, Malaya King George, Queen Elizabeth dan wang kertas keluaran Malaysia antara keluaran pertama hingga sekarang mengikut keutamaan.

Mungkin ada yang menganggap wang kertas yang rosak seperti warna tidak serata ketika dicetak, potongan serong masa wang kertas tersebut di potong, nombor siri yang tidak sama atau ada salah satu nombor siri tersebut hilang dan sebagainya. Kalau anda mempunyai kreteria seperti ini jangan buang kerana jika dijual di ebay ianya sangat bernilai kerana sukar didapati. Kebanyakan pembeli suka membeli yang mempunyai kelainanan untuk koleksi mereka.

Kesimpulannya, bisnes ebay sangat mudah diuruskan dan kos penghantaran yang murah sama ada didalam atau luar negara. Wang kertas lama boleh anda dapati daripada orang-orang terdahulu atau cuba cari di kedai-kedai antik. Kalau tiada juga cuba ikut cara bro iaitu membeli wang kertas di ebay kemudian menjualnya semula di ebay dengan harga yang berganda tetapi pastikan apa yang anda beli mendapat permintaan yang ramai di ebay. Selamat berbisnes dan mencuba.

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


38 Comments


  1. 1. mfadhly says:

    aku setuju gak… jual duit buat duit… baru2 ni aku survey kat pertam kompleks & maju junction… boleh tahan banyak wang lama dari seluruh negara… hehehe sape berminat ble tryla

  2. 2. Wangkertas says:

    Salam ,

    Betul cakap bro Matzis , Cukup mudah utk membuat keuntungan dengan menjual wang kertas . Mudah tidak semudah itu kerana anda perlu ada pengetahuan tentang wang kertas ini juga . Sedikit koyak sedikit kehilangan warna boleh membuatkan nilainya berbeza .

    Bukan itu sahaja perlu dititikberatkan . Apa yang paling penting pengetahuan kita tentang PALSU @ ORIGINALNYA wang kertas tu . Ini disebabkan wang kertas lama biasanya tidak mempunyai protection seperti wang kertas yang baru (sedangkan wang kertas yang baru pun masih ada pihak mampu menirunya) .

    Pembeli wang kertas lama seperti pembeli biasa juga . Mempunyai ragam dan kepakaran yang berlainan . Pengumpul wang kertas lama ni juga biasanya mempunyai pengetahuan tentang keTULENAN wang kertas lama pilihan mereka .

    Dengan modal RM 200 tidak sukar rasanya utk menghasilkan $1000 sekiranya mempunyai pengetahuan dan pengalaman . Nasihat saya yang hendak bermula dengan barang antik ni bermulalah dengan perlahan dan mengumpul pengetahuan dan pengalaman . Semoga berjaya !

  3. 3. Fazli says:

    orang ebay ni makin pelik pula rasanya. saya ada banyak duit kertas dari negara lain tapi tak ada pengetahuan tentang nilai wang kertas tersebut. lepas ni kena study balik.

  4. 4. matzis says:

    wang kertas, bro pernah menjual wang kertas “FORGERY” di ebay antaranya wang kertas Malaya Japanese Governmet, memang mendapat sambutan ramai sebabnya sukar didapati dan mereka membeli untuk tujuan koleksi.

  5. 5. matzis says:

    bagi mereka yang sukar untuk mencari wang kertas, cuba datang ke amcorp mall setiap hari sabtu dan ahad disana dan anda boleh mendapatkannya disana…tentang harga anda kenalah pandai-pandai merundingnya…

  6. 6. nuwa says:

    Hohoho.. Bro Matzis dh bongkarkan satu niche di eBay.. Buku pasal wang kertas bila nk kuar bro? :-)

  7. 7. matzis says:

    nuwa, pasal buku tu bro tak dapat teruskan disebabkan banyak prosedur yang bro kena buat dengan BNM memandangkan melibatkan banyak contoh gambar wang kertas..

  8. 8. Azrul says:

    Sebenarnya gambar ni kalau letak ‘sample’ atau ‘contoh’ kat atas dia dah lepas dari BNM dan copyright.

  9. 9. matzis says:

    Azrul, kalau nak letak sample atau contoh tu kena buat surat, nak dapat jawapannya belum tau dapat 1-3 hari..wooo susah ler berbisnes macam tu..tetapi jika nak buat buku mesti wajib kena minta kebenaranlah..

  10. 10. omecool20 says:

    Terima kasih byk2 atas tip bro tu. Memang saya ada terfikir hendak jual wang kertas bila jalan2 ke amcorp mall spt kata2 bro tu.

    Kalau newbie hendak menjual wang kertas, bagaimana bro cadangkan bermula ? Cthnya, baca buku apa, etc.

  11. 11. matzis says:

    omecool20, sebaiknya anda bermula menjual wang kertas di ebay Malaysia dahulu kerana ramai juga permintaan wang kertas ini di negara ini terutamanya pengumpul wang kertas lama. Yup anda kena belajar dulu berkaitan wang kertas ini sebab ilmu wang kertas banyak yang harus dipelajari. Jika anda ingin membeli tentang buku panduan wang kertas sila membelinya di Kedai menjual wang kertas di Maju Junction tingkat bawah sekali berhadapan dengan Pasaraya Giant….

  12. 12. ebayriantulen says:

    bro omecool20,

    saya menyeru bro supaya hentikan jual produk AN melalui cara 0.99 + free shipping, rosak market jadinya. Kalau satu atau dua takpela, tapi semua barang bro , bro letak 0.99 + free ship. Harap dapat membantu. tq.

  13. 13. sohchai says:

    salam bro…
    kesimpulan drp otai2 ebay: berbisnes ni kene one step ahead. katakan hari ni otai ebay cakap bisnes wang kertas laris dipasaran, sebenarnya niche ni dah hampir ‘pitam’…pendek kata dah slowly decrease dia punya kehangatan. bisnes di ebay perlukan minded yg sentiasa kaji & kaji & terus mengkaji…

  14. 14. matzis says:

    salam sohchai, mempunyai niche yang bagus di ebay juga tidak dapat membantu jualan yang bagus jika kita ketandusan idea dan strategi bisnes ebay yang bagus. Kesimpulannya teknik, panduan dan strategi harus dipelajari dengan lebih mendalam dalam apa jua bentuk bisnes sama ada konvensional ataupun online…

  15. 15. suharman says:

    saya ada wang kertas 1 ringgit yg baru, tapi bentuk nya…lain sikit dia cacat di sebelah penjuru kiri …iaitu lebih panjang…. kalau kena harga nak gak jual hubugi sy 0148285090

  16. 16. matzis says:

    suharman, tengok no HP macam orang Sabah je…ok untuk kategori ni bro rasa cuba jualnya di lelong.com.my atau ebay.com.my. Disana anda akan tahu bilangan pembida wang kertas tersebut. Belajar2lah menjual secara online sebabnya pembeli ada berbillion akan melihat wang kertas anda disana.

  17. 17. Man says:

    Salam Bro..

    Apa pendapat bro jika saya beli barangan2 antik di kedai2 antik seperti radio antik, jam dinding antik, telefon antik, seterika antik, mesin jahit antik dan pelbagai lagi barangan antik yang berusia 50-70 tahun dengan harga RM100 – RM1500 then menjualnya di ebay malaysia atau USA atau negara-negara luar lain? Adakah saya akan mendapat pulangan yang jauh lebih lumayan jika saya menjualnya di ebay luar negara berbanding di Malaysia? Mungkin kah ada peminat2 tegar barangan antik akan membelinya dengan harga mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit mahupun USD? Mohon nasihat dan pandangan bro..Terima kasih..

  18. 18. argo says:

    siapa tahu informasi ebook tentang penjualan di ebay yang bagus?

  19. 19. azlan says:

    aslmkum bro btl ke?
    sy nak tanya sy ada wang kertas tahun 1941 nyer
    masa tanah melayu dulu, hrga 5sen tapi duit kertas lah
    tapi dah koyak2 skit
    then colour pun dah pudar skit,
    ada market value g ke duit camtu?

  20. 20. chak says:

    kalau jual duit lama memang bleh wat duit.
    tapi kalau jual duit RM terkini hehe,cari la benda lain nak jual
    harga dah tentu tak tinggi.barang belum tentu sampai.silap2 bukan untung rugi lagi da.

  21. 21. gapo says:

    aku ade wang kertas lama RM1 siri pertama..
    masih elok lg..lg aku xtaw nk jual camne…
    ade sape2 ley tlg aku?
    email aku kat gapo_pele@yahoo.com or call aku 0172743844

  22. 22. wakdin says:

    kalau duit 5sen tahun 1941..mmg ada harga..tp nk kena jenisnya..5sen tahun tu ada 4 jenis..semuanya harga lain..tp disbbkan awk ckp awk punyer dh koyak dn dah pudar..mybe condition duit tu (G) Good atau (VG) Very Good. kalau tu harga dh kurang la..kalau duit yg masih bersih, penjuru tajam..harga antara Rm25-RM200.

  23. 23. anybody says:

    sya de wang lme jerman 1000 mark(1910) harga rm 200 000..
    Call no. 0162213601

  24. 24. aku says:

    aku ada syiling malaya tahun 1890an punye…….klu nak msg aku 0127472290……

  25. 25. zil says:

    aku ada duit sukarno 10000 rupiah yg boleh gulung sndiri kalau di letak di tapak tangan..agak2 bro ada value tak n brape market dia?..

    no 0133793522

  26. 26. nurul says:

    saya ada wang kertas dua puluh sen tahun 1941 yang mempunyai jata negeri di malaysia di belakangnya..wang kertas sepuluh ringgit yang ditulis (sa-puloh ringgit)..dan koleksi pelbagai mata wang kertas lama,china,pakistan,arab dan sebagainya terutamanya dari indonesia..jika berminat sila hubungi saya di nombor 0126374984(nurul)

  27. 27. nurul says:

    saya ada wang kertas dua puluh sen tahun 1941 yang mempunyai jata negeri di malaysia di belakangnya..wang kertas sepuluh ringgit yang ditulis (sa-puloh ringgit)..dan koleksi pelbagai mata wang kertas lama,china,pakistan,arab dan sebagainya terutamanya dari indonesia..(kebanyakan dalam fine,very good and good condition) jika berminat sila hubungi saya di nombor 0126374984(nurul)

  28. 28. PAKLANG says:

    AKU ADA LIMA PULUH SIGN ALI ABU HASSAN NO 0000000: NAK JUAL RM 6K
    KOL AKU 0174499344

  29. 29. APAI says:

    AKU ADA DUIT SYILING 10SEN THUN 1950 (MALAYA KING GEORGE) DAN SATU LAGI WANG KERTAS SATU RUPIAH TAHUN 1956
    AK NAK TAU BERAPA NILAI WANG TERSEBUT? ADA SAPER2 YANG LEH BANTU AKU X?

  30. 30. pian says:

    sy ada duit lme stgh sen thn 1800,duit yaasin 1 thn 122 dan 125,
    duit srggit slling tunku abdul rahman dan tun abdul razak….
    b minat hbungi sy d 0173675402

  31. 31. andrey damianus says:

    saya ada menyimpan duit syiling RM5,,,,duit ni dibuat sempena sukan asia tenggara pada tahun 1989……sesiapa berminat sila hubungi 0138973522…harga boleh nego

  32. 32. DiX says:

    saya menjual duit lama yang bernilai rm10 pada tahun 1961, yang mempunyai gambar kerbau dan seorang pesawah….. siapa yang berminat boleh tel di no ini……… 016-8325447

  33. 33. khairil says:

    sy mencaRI duit kertas lama 1 dollar malay british borneo 1957…warna biru…ada gambar kerbau…terima kasih

  34. 34. mark says:

    aku ade duit 20 ringgit malaysia yang lama sapa berminat email aku kat mat_dbg@yahoo.com untuk tgk gambar duit 2222

  35. 35. mark says:

    aku ade byk duit kertas lama dan duit syiling 50sen yang terbelah tp aku x thu mcnmana nak jual.seseorg tolong aku

  36. 36. xyra says:

    sya mempunyai pelbagai jnis duit syiling lama..
    sesiapa yg serius n bmnat utk mndptknnya..
    sila tlipon d num 0128415452…

  37. 37. rudy says:

    sape2 ada masalh menjual syiling lama 50sen 1975 dan 76 serta wang kertas sa-puloh ringgit sila hubungi saya segera kerana sekarang harga pasaran cantek 0145522696

  38. 38. isma says:

    aku ada rm1 tandatangan ismail md ali. sape berminat call 0199062236


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. BLog4Review 06 09 09

Leave a Reply