Bisnes Semakin Perlahan Di eBay
Salam kepada semua usahawan ebay semua. Kali ini bro ingin berkongsi maklumat iaitu kenapa sejak akhir-akhir ini bisnes ebay semakin perlahan sehingga menyebabkan kekurangan bilangan pembeli daripada kebiasaannya sebelum ini. Apakah puncanya dan dimanakah silapnya kepada setiap peniaga bisnes ebay ini.
Bro ada juga membuat kajian tentang perkara ini, antara punca utama adalah faktor ekonomi sesetengah negara yang menyebabkan ramai pembeli mengambil sikap berjimat untuk membeli-belah di ebay. Selain itu, faktor persaingan antara peniaga Dropshipper juga sedikit sebanyak menjejaskan bisnes, dimana ramai peniaga yang menjual produk yang sama dengan harga yang sama dan cara pendekatan yang sama.
Selain itu, sikap berhati-hati pembeli di ebay juga disebabkan ada segelintir penjual di ebay tidak menghantar produk yang telah dibeli oleh pembeli mereka. Bro tidak menyalahkan penjual, bagi peniaga yang menggunakan khidmat Dropshipper sudah berbuat demikian iaitu menghantar produk yang telah dibeli tetapi kadang-kadang produk yang dihantar tidak sampai kepada mereka. Namun presepsi pembeli tetap akan mengatakan penjual tidak menghantar produk mereka.
Faktor lain, kekadang ada juga pembeli membaca terlebih dahulu feedback-feedback yang telah diberikan oleh pembeli kepada peniaga tersebut dan jika ada terdapat feedback yang kurang meyakinkan maka peluang untuk pembeli membeli produk anda akan berakhir disitu sahaja.





Salam bro Matzis. Last week saya kena 2 negative feedback dalam masa 24 jam. Rasa kecewa juga. Kedua2 negative feedback tersebut adalah dari customer yang kecewa dengan proses penghantaran yang lambat (menggunakan servis dropshipper). Di seller dashboard saya telah menunjukkan “Poor” untuk customer satisfaction. DSR saya juga menurun.
Setelah kejadian itu berlaku. Seminggu lebih saya tidak ada apa2 sales. Hari ini baru ada dua items. Saya rasa faktor DSR amat mempengaruhi jualan kini.
Nampaknya saya kena mencuba strategi lain dan tidak bergantung pada dropshipper sahaja.
tq
huhuhu… kadang2 masalah bukan dtg dari kita. tapi kita sebagai peniaga pun terlibat sekali kena tempias.
msarbin, betul kena ubah strategi bisnes…ibarat orang memancing ikan kalau lubuk yang selalu memancing tiada ikan maka dia akan berpindah ke lubuk yang lain untuk tujuan yang sama.
Perniagaan dropshipper AN semakin banyak persaingan dan ‘pengKOPIan’..harga pun semakin-lama semkin turun akibat persaingan..makin lah jika keadaan pembeli yang semakin perlahan di eBay..agaknya seller smua perlu berubah cari produk fizikal terbaik untuk dijual atau carikan servis dropshipper lain yang baik..
enkha, ya bro memang setuju perlu cari lagi dropshipper yang lain selain yang sedia ada dan kalau boleh cuba jual produk sendiri lagi kita akan berasa kepuasan berbisnes sebab 100% diuruskan oleh kita sendiri.
Masih tercari-cari lubuk yang bro Matzis maksudkan…hehe. Kena byk doa dan buat research di bulan Ramadhan
sebenarnya banyak item-item yang power di jual di ebay cuma kita perlu rajin mencari item tersebut dan jika sudah berjumpa dengan hot item tersebut cuba cari jalan untuk mendapatkan maklumat berkatan dengan item tersebut.
Hello bro,
rezeki penjual memang macam nie, kadang2 naik – kadang2 turun…
sebab tu kita perlu ada sumber pelbagai aliran (multiple streams of income), supaya kalau satu aliran slow, kita masih dapat duit dari aliran lain…
all the best bro!
ya bro memang bersetuju dengan eruwan tentang multiple streams of income…jika kita mengharapkan satu bisnes sahaja di ebay maka apabila slow bisnes tersebut maka kita memang tak boleh berbuat apa2 melainkan jika anda ada back-up bisnes yang lain di internet…
salam..betul tu mai pelbagaikan income kita memandangkan ebay dah slow sekarang nii.
selamat hari raya thanks…