Menentukan Keuntungan Di eBay
Salam semua usahawan ebay, bagaimana bisnes anda semua dibulan ramadan al-mubarak ini?…bro harap jualan anda semua di ebay sentiasa stabil. Bercerita tentang bisnes, setiap individu yang melakukan bisnes semestinya inikan keuntungan daripada jualan mereka, tidak kiralah keuntungan itu kecil mahupun besar. Di ebay cara menentukan keuntungan anda harus tahu kerana ada sebilangan besar peniaga beranggapan asal melebihi modal belian itu sudah dikira untung, bagi bro kalau anda berbisnes di ebay berbuat demikian anda sudah sudah melakukan kesilapan yang amat besar.
Baiklah, kita bincangkan perkara ini. Berbisnes di ebay anda perlu mengambil kira tentang potongan caj (fees) yang bakal dikenakan kepada anda iaitu caj penyenaraian produk di ebay, caj terakhir setelah tamat jualan (final value fees) dan caj bayaran masuk ke dalam akaun paypal anda. Semua ini akan di potong secara terus jika jualan anda sukses terjual dan menerima bayaran sepenuhnya. Cuba anda bayangkan jika anda menjual barangan di ebay tentukan keuntungan dengan menaikan harga 20% daripada harga asal sedangkan setelah terjual dan ditolak kesemua caj yang bro nyatakan tadi, maka alamatnya buka pula anda mendapat keuntungan malah anda akan mengalami kerugian plak di ebay.
Kesimpulannya, sebelum anda menjual di ebay tentukan kesemua fees yang dikenakan kepada anda di ebay di ambil kira betul-betul supaya keuntungan anda di ebay dapat anda perolehi sebaik mungkin dengan keuntungan bersih yang betul setelah di tolak kesemua fees yang ada. Jika ada permasalahan mengenai ini, kita boleh bincangkan topik ini di sini. Selamat berpuasa dan selamat berbisnes!





Kalau tak ambil kira semua fee ebay dan paypal..alamatnya buat jualan amal jer laa.. takpun tanggung kerugian..
hooo…dah lama bro matzis tak post. Erm betul. Dulu mula2 dengan eBay tak perasan ada Final Value Fee tu. Ingatkan harga markup dah cukup. Rupa2nya tak balik modal pun. Rugi2. Heheh
saya tak pernah amik tau pasal fvf ni walaupun hangat diperkatakan. yg saya tau nak jual je. huhuhu… lepas ni kene alert sket.