Kos Penghantaran Di eBay
Salam semua usahawan ebay, semoga anda semua sihat, ceria dan tersenyum didalam menjana pendapatan sama ada sepenuh masa atau sampingan di ebay. Kali ini bro akan berkongsi maklumat kepada anda semua berkaitan bagaimana menentukan kos penghantaran di ebay.
Untuk mereka yang masih baru didalam bisnes ebay ini, sudah pasti tertanya-tanya bagaimana cara untuk menentukan kos penghantaran supaya harga kos barangan dan kos penghantaran seiring supaya tidak berlaku kerugian apabila pembeli membeli produk anda.
Di ebay ada 2 kos penghantaran yang anda boleh lakukan dengan cara penentuan harga kos yang sangat berbeza iaitu kos penghantaran produk yang anda jual sendiri dan harga kos penghantaran yang sedia ada oleh penyedia produk yang anda jual iaitu melalui khidmat dropshipper.
Jika anda menjual produk sendiri, terlebih dahulu sebelum anda menjualnya di ebay, pastikan harga penghantaran di ambil kira dahulu iaitu dengan membawa produk anda ke syarikat perkhidmatan penghantaran contoh Pos Malaysia, DHL, UPS dll untuk mengetahui berat dan juga kos penghantaran yang tepat kes sesuatu distenasi seluruh dunia. Ingat! jangan cuba mengaggak jumlah kos penghantaran sendiri tanpa mengetahui kos penghantaran yang sebenar.
Bagi mereka yang menjual produk melalui dropshipper, kebiasaannya mereka (dropshipper) memberikan kos penghantaran sedia ada atau menawarkan kos penghantaran secara percuma kepada setiapa pelanggannya. Ini terpulanglah kepada anda untuk manafaatkannya dan mengambil sedikit keuntungan melalui kos penghantaran. Selamat berbisnes!





Agaknya,pembeli di eBay lebih suka yang mana-penghantaran PERCUMA atau berbayar..?
enkha, pada kebiasaanya pembeli di ebay lebih suka penghantaran percuma sebab mereka tidak perlu memikirkan tentang kos penghantaran selepas membayar harga item….namun kalau anda hendak berbuat demikian harus pandai supaya anda tidak mengalamai kerugian…
ok terima kasih..
dah lama bro matzis tak post dalam blog ini..heheh. anyway always a good post.
InsyaAllah, msarbin selepas ini bro akan sentiasa update artikel untuk bimbingan anda semua yang giat aktif berbisnes di ebay…
perkongsian yg hebat dari bro matzis.. sekarang ebay beri 70% discount fees untuk ebayer yg offer free shipping dalam listing. =)
renung2 kan, dan selamat beramal.
Salam Bro Matzis,
Kdg2 boleh jadi satu dilemma utk menentukan antara kos penghantaran terutama bagi auction item.. ada buyer yg buat2 @ memang tak faham bila kita cuba markup kos shipping dan letak harga item $0.99..
tapi saya tetap keringkan hati letak shipping melebihi $11.00 dan harga item $0.99.. bukan apa nak elakkan listing fee yg tinggi. So far tiada masalah, item masih laku cuma kena bersedia menjawab dgn sesetengah buyer yg banyak soal pasal shipping cost. yg penting item mesti gempaq, ada ramai lagi buyer sanggup beli. Memang berbaloi dari segi profit bagi setiap item terjual
Misi, jangan layan kalau buyer yang bertanyakan macam2 tu…di ebay berbillion pembeli, buat apa kita nak kisahkan yang seorang pembeli ni tadi sedangkan ada lagi yang sanggup membeli tanpa sebarang soal dari kalangan berbillion pembeli di ebay….
hmmm… kalau yg nak start barang fizikal tu saya guna penimbang dirumah je. Nilai berat tu masuk’n dalam borang kadar harga di web pos malaysia terus dpt nilai charge penghantaran tak termasuk tracking ID. Kat rumah pun dah dpt nilai hehe. Btul x bro matzis
zack, itu idea yang bijak dan kalau nak cepat…yang penting anggaran kasar dah tahu sudah cukup memadahi kemudian tambah sikit lagi kos untuk keuntungan…
terima kasih. saya baru nak start utk fizikal produk ni. jadi info mcm ni sgt berguna. tq.
Jika lebih kreatif, kita boleh membuat 2 keuntungan ke atas satu produk sahaja.. pertama pada harga produk dan kedua pada shipping kos.. saya biasa gunakan teknik ini kpd produk fizikal..
sungguh luarbiasa terima kasih bro saye baru nak berjinak2 dalam ebay ini serta lelong.com ilmu bro amat dihargai..
“tracking code” tak cukup untuk “proof of shipping”
kalau case dalam paypal.aku cadangkan korang modal dalam rm4.90
beli register pos + ar card.
gerenti apa2 case pon gerenti menang.
sbb pernah satu kes jadi pada aku
buyer demand barang tak sampai.
aku dah add tracking code untuk case to
tapi aku kalah case tuh,
aku call paypal depa kata “tracking code” bleh beli.
kecuali da “proof of shipping slip”