Kenapa Strategi Penting Di eBay
Salam kepada semua usahawan-usahawan ebay. Semoga anda semua kini telah berjaya mendapatkan pendapatan bulanan yang lumayan melalui bisnes ebay ini. Artikel kali ini bro akan berkongsi pengetahuan dan pendidikan kepada anda tentang satu artikel yang cukup menarik perhatian bro iaitu Kenapa Strategi Penting Di eBay?. Kalau ditanya kepada bro jawapannya adalah ya! ini kerana strategi sangat penting, jika tiada strategi mungkin apa yang akan anda usahakan tiada tumpuan jualan atau garis panduan semasa melakukan bisnes di ebay.
Di ebay anda di ibaratkan sedang berada didalam satu medan pertempuran peperangan, jika anda bijak mengatur strategi peperangan untuk menewaskankan musuh dihadapan anda, bro percaya kejayaan dan kemenangan pastinya berpihak kepada anda. Begitulah halnya dengan bisnes ebay, terlalu banyak strategi yang harus anda praktikan atau pelajari. Bagi bro, jika anda mempunyai produk terbaik sekali pun jika tiada strategi di ebay pastinya anda kurang berjaya. Ini adalah disebabkan kerana point utama bisnes ebay adalah “Strategi”.
Kenapa bila anda lihat terdapat perbezaan antara penjual di ebay iaitu ada penjual yang berjaya, ada penjual yang sederhana berjaya dan yang lebih menyedihkan lagi ada pula penjual yang tak berjaya langsung. Ini semua adalah startegi yang mereka lakukan di ebay mungkin berbeza-beza. Sebut pasal strategi ini mungkin anda yang tertanya-tanya apakah yang bro maksudkan tentang strategi ini?…ala mudah je strategi ini seperti strategi masa, harga, kata carian, senaraian, produk dan sebagainya. Strategi yang lain anda kena fikir-fikirkanlah yer…hehehe..kasi idea minda jutawan di ebay sikit. Kesimpulannya, kekuatan bisnes ebay adalah startegi. Selamat berbisnes!.





Saya Setuju bro! Dgn strategi kreatif yg dirancang, seseorg penjual dpt mungkin dpt menewaskan penjual lain terutamanya jika menjual produk yang sama.
Pada awal penglibatan saya dlm bisnes ebay, saya juga pernh buntu memikirkan apakah cara untuk menonjolkan diri dari kalangan berjuta penjual di eBay, namun setelah melakukan beberapa strategi dan kajian, Alhamdulillah, jualan saya semakin naik setiap hari.
Kesimpulan yg saya dapat, perlu berfikiran kreatif utk berjaya di ebay kerana ebay merupakan medan pertempuran berjuta-juta penjual yang inginkan produk mereka terjual!
Salam. btl ckp en matzis ni. saya dah nak masuk 2 bulan buat ebay. mula2 takut juga nak buat listing, sebab takut brg tak laku. tapi,saya cuba jugak. saya catatkan apa yang saya baca dari blog org lain dan forum sifu lan kita..=).dari situ byk strategi yg saya belajar. saya dah apply. jualan skg ni alhamdulillah. brg2 yang saya jual tu bukan brg yg mhl2. tambah2 dah pernah terkena fund held by paypal bulan lepas. terus buat listing brg murah2.tapi org bid gila2..haha. by the way, saya suka baca blog ni. thank you for the very informative info you put in here. keep it up!!
Yup betul tu. Sekarang nie saya tengah mencuba beberapa strategi dan mencuba beberapa formula untuk meningkatkan jualan ebay. tetapi malangnya sekarang saya masih lagi menghadapi masalah tidak dpt list barang kat ebay. Tengah menyelesaikan masalah ini. Bilalah masalah ini selesai!!
Ermean, kalau akaun sekarang tak boleh list cuba buat akaun baru yang boleh list..selesai masalah..buat apa nak memikirkan akaun yang tak boleh list…kan buang masa tu…hehehe
Sangat setuju,strategy sangat penting di dunia eBay..
hi bro, nak tanya kenapa bila sy cuba list barang utk jual, sy asyik dikenakan error “Please provide the correct information in the highlighted fields.
* Handling time – Please select a handling time.”
Tetapi sy memeng x dpt nak locate kat mana ‘handling time” ni.
boleh brother tolong?
thanks
Sasa, “Please provide the correct information in the highlighted fields” mesti ada yang masih belum complete di isi…Handling time tulis je 20 business day. Cuba cari betul2 ada part handling time kat c tu…jangan terlepas pandang.