Nilai Wang Kertas Di eBay
Topik yang lepas saya telah membincangkan kepada anda bagaimana menjual wang kertas di eBay. Kali ini saya akan memberikan tips kepada anda yang baru untuk menjual wang kertas di eBay iaitu berkaitan kesesuaian harga dan nilaian semasa bagi wang kertas tersebut di pasaran eBay.
Wang kertas memang unik, dengan keunikan tersebutlah anda tidak sewenang-wenangnya untuk meletakkan harga sesuka hati apabila menjualnya di eBay. Ini adalah disebabkan peminat-peminat wang kertas terutamanya pengumpul koleksi wang kertas lebih mahir menilai harga wang kertas tersebut berdasarkan faktor seperti berikut:
Wang kertas mempunyai gred masing-masing yang menentukan harganya di pasaran. Jika sekiranya wang kertas tersebut masih mempunyai kualiti yang baik maka harganya akan mahal apabila dijual di eBay. Gred wang kertas mengandungi UNC, VF, EF, F dan sebagainya. Nasihat saya bagi anda yang ingin menjual wang kertas terlebih dahulu mempelajari tentang gred wang kertas ini. Ini adalah penting bagi anda menetapkan harga wang kertas tersebut di eBay kerana harganya bergantung pada gred masing-masing.
Selain daripada gred, harga wang kertas juga dipengaruhi oleh tahun pengeluarannya. Semakin lama tahun wang kertas itu dikeluarkan, maka semakin mahallah harganya kalau dijual. Sebagai contoh wang kertas lama seringgit Malaya & British Borneo 1959 berbanding sekarang seringgit 2007, maka harga wang kertas seringgit Malaya & British Borneo 1959 lebih mahal lagi kerana faktor usianya.
Faktor lain yang mempengaruhi harga wang kertas adalah kesukaran mendapatkan wang kertas tersebut atau pengeluarannya agak terhad. Apabila ini terjadi maka harga wang kertas tersebut memang tinggi apabila dijual di eBay. Sebagai contoh wang kertas Malaysia seringgit yang ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan memang sukar untuk didapati ketika ini adalah disebabkan pengeluarannya agak terhad. Harganya sekarang kalau gred UNC sudah mencapai RM400-RM800 sekeping.
Wang kertas yang mempunyai beberapa kesilapan cetakan, pemotongan wang kertas dan sebagainya adalah juga faktor yang menaikkan harga wang kertas tersebut kerana keunikannya. Sebagai contoh wang kertas tersebut tersalah cetak no. siri atau masa wang kertas tersebut dipotong terpotong serong dan sebagainya.
Kesimpulannya, kepada anda yang ingin menjual wang kertas di eBay, banyakkan belajar ilmu mengenainya kerana ini penting bagi menentukkan hala tuju nilaian wang kertas yang anda jual tersebut di eBay. Selamat mencuba.





zurah, kalau pasaran tempatan mungkin anda akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pembeli…saya sarankan jualkannya di ebay baru anda tahu market velue duit tersebut kerana berbillion-billion warga ebay akan menilaikannya..
saya ada banyak koleksi setem dari tahun 60an sehingga 80an dalam dan luar negeri dan sampul surat hari pertama dalam dan luar negeri..untuk dijual ..berminat email saya di lobojoe90@yahoo.com
joe, cuab jua di ebay atau lelong pasti ada yang hendak membelinya..dengan iklan sahaja tidak mencukupi untuk kita nak jual sesuatu produk…
sy ada wang kertas Signature aishah.. sy tahu bernilai tinggi tapi dah lupa market value. nak cari website bank negara yg ada tunjuk harga tapi tak jumpa.. nampak gaya kena gi mph cari buku tu lah.. hmm
kalau boleh tlg bgtau kat 0176083983… atau mybytez@gmail.com. tq
Ayzal, kat Malaysia tiada lagi tandatangan Gabenor nama Aishah..hehehe..apa yang anda maksudkan tu ialah wang kertas yang ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan…wang kertas ini memang mahal lebih2 lagi kalau wang kertas RM1 harga pasaran RM700-RM900 gred VF. Cuba layarai web ini http://my-koleksi.blogspot.com
Saya memerlukan duit kertas RM1 yang ditandatangani olih Gabenor Mohd Don di sebelah tepi seperti rm2..Harga di runding..sila hubungi saya di no 0139064192.
Roslan, Gabenor Ahmad Mohd. Don tiada mengeluarkan RM1, hanya keluar wang kertas RM5, RM10, RM50, RM100, RM500 & RM1000 pada tahun 1995-1998 (7 SERIES) dan RM2, RM10, RM50, RM50 (KOMANWEL) & RM100 pada tahun 1996-1998 (8TH SERIES)….
sy ada koleksi wang kertas lama dr taun 1908-1959 wang malaya british borneo,belanda,jepun,diut sen kertas,duit daun pisang,china dan byk lagi..hubungi sy 012-7747541
kpada sseiapa yg brminat dgan duit2 lma bleh larh cntact aq di 0174080514….
ckp jew jnis apew??
n harga kta bleh rndingkan….
kepada sesiapa yang berminat utk membeli duit SYILING LAMA syarikat hindia timur belanda (VOC) sekitar tahun 1790 yg sy temui di melaka. kepada sesiapa yang berminat sila emel ke (Bilal_rockerz@yahoo.com.my)
aku ada syiling lama tahun 1794 carlous 8R ngn edward 1908. brape agknye nilainya ??
salam…saya ada sekeping wang kertas RM50 yg mempunyai no. siri dgn 5 angka ’8′ berturut….ABC**88888. Baru2 ni ada artikel di akhbar pasal wang kertas dgn nombor2 yg dianggap bertuah ni. Dh lama jgk sya menyimpannya. Brpkah nilai wang tersebut. Blh bgtau brp nilainya? Thanks
salam…..aku nak cari mane-mane pembali yang berminat utk membeli wang kertas lama RM1 dam RM5…..SILA HUBUNGI 0174309943.
salam…kepada pengumpul koleksi wang lama yang ingin membeli wang RM1 dan RM5…sila hubungi di 0174309943 atau aikalblurpp@yahoo.com….jika berminat….
saya memiliki wang syiling suke sen yang digunakan di negeri2 selat…
dimana saya boleh menjualnya?…..
emel saya:sharm90@yahoo.com
sha, anda boleh menjualnya di ebay.com.my test dulu marketnya disitu kerana kalau jual secara offline susah sikit melainkan anda online store sendiri…
Wang kertas RM1 Ali Abul Hassan memang mahal harganya sekarang & pastikan no. siri (CR) jika ianya betul2 RM1 Ali Abul Hassan…
Wang kertas RM1 Ismail Ali banyak siri keluaran…wang kertas yang anda maksudkan keluaran siri ke berapa dan yang penting juga harga bergantung kepada gred dan kualiti wang kertas semasa…
salam zero, nak tentukan harga bukan letak sahaja sebab kena tengok condition wang kertas tersebut sama ada UNC, AUNC, VF, EF dll. Dah tentu condition barulah boleh kita tentukan harganya dipasaran. Itulah kelebihan wang kertas.
aku ade set tandatangan aisyah dari rm1 sehingga rm100-e mail aku klu minat 0177745931
saya ada wang syiling 50 sen lama yang terbelah tengah. rasa2nye brp harga pasaran?
salam fren..sy tgh cari duit rm1000.00 ismail md ali..klu ade call atau msj aku..kita bincang harga atau bincang mcm mana kita boleh kasi ganda duit tu..0177745931
salam fren..sy tgh cari duit rm1000.00 ismail md ali..klu ade call atau msj aku..kita bincang harga atau bincang mcm mana kita boleh kasi ganda duit tu..0177745931
saya mjual syiling lama….
50sen.1976
50sen.1986
10sen.1976
syiling 1ringgit KWSP
syiling 1ringgit 32tahun smpena merdeka
syiling 1ringgit lmbang parlemen dan bulat bintang
sila hubungi saya di talian…
0168356706
Salam, bro ingin berkongsi kedai online kepada anda tentang wang kertas dan duit syiling….tq!
Saya mempunyai wang kertas rm1000 ingin dijual 01916192050