Home » Artikel »

Minda Jutawan Di eBay

Salam, sebut sahaja jutawan semua orang ingin menjadi jutawan. Persoalannya adakah anda sudah bersedia untuk menjadi jutawan?…Menjadi jutawan adakah sekadar anda perlu berusaha kuat untuk ke arah itu atau anda hanya pasang niat didalam hati ingin menjadi jutawan tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menjadi jutawan.

Di ebay, untuk anda menjadi jutawan perlulah mempunyai minda jutawan. Kenapa pula bro katakan perlu ada minda jutawan di ebay?….Ya! kerana dengan adanya minda jutawan anda akan lebih fokus kepada bisnes anda di ebay dengan berdasarkan minda anda yang lebih kreatif, inovatif, lebih berketerampilan, sentiasa fokus didalam memberikan komitmen tentang apa jua situasi yang berlaku didalam bisnes ebay sudah pasti akan banyak membantu anda untuk mencapai cita-cita bergelar jutawan ebay.

Individu yang berjaya di ebay pada kebiasaannya mempunyai banyak idea bisnes melalui mindanya. Ini kerana strategi jualan yang sentiasa di ubah-ubah mengikut masa, harga, permintaan, musim dan sebagainya lebih membantu meningkatkan jualan mereka di ebay. Anda sentiasa berfikir setiap masa didalam minda anda tentang jualan anda di ebay iaitu tentang dua perkara iaitu “Kenapa dan Mengapa”. Contoh kenapa jualan saya tak laku?…mengapa produk saya minggu ini ramai sambutan?…dan sebagainya. Apabila persoalan sebegini anda tanya dan jawap sendiri didalam minda anda, insyaAllah anda akan boleh maju dan juga ianya boleh memperbaiki setiap kelemahan anda di ebay. Selamat berbisnes!

Author Profile

matzis

Other posts by matzis

Author's web site http://matzis.com



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


9 Comments


  1. 1. zleana says:

    salam bro n semua,
    saya pernah baca satu buku kita x hanya meletakkan matlamat utk berjaya tp mejiwai proses utk berjaya tersebut. Itu yg akan terus membuatkn kita x akan berputus asa. Malah terus berusaha meskipun sudah mencapai taraf jutawan. Cuba kita lihat kenapa para jutawan tetap berbisnes mahupun telah layak bergoyang kaki? Kerana mereka seronok akan proses kearah jutawan bkn taraf itu. Dan carilah sesuatu bidang yg amat anda sukai. Dalam ebay juallah apa yg anda suka bkn hanya ikut ‘hot produk’. Sebab tulah bila ada cubaan mcm ‘paypal hold payment’ dah kelam kabut hehe. Tp jgn suka2 plak, kna la masuk market ngan cara yg terbaik (TIRU POWERSELLER HEHE) Wallahu’lam…

  2. 2. msarbin says:

    moga2 kita terus berminda positif untuk melakukan bisnes eBay ni. InsyaAllah.

  3. 3. nuwa says:

    Saya bersedia menyahut cabaran eBay utk merealisasikan impian bergelar jutawan eBay! Hohoho

  4. 4. miszlily says:

    salam semua
    saya baru kenal ebay ni..
    blog ni mmg banyak bagi info kat saya untuk lebih paham lagi psal ebay ni
    terima kasih coz wujudkan blog ni..

  5. 5. kingamok says:

    Yeah… Jutawan eBay? Tidak mustahil kalau kena cara dan gaya. Ngeh2

  6. 6. zakri says:

    Thanks Bro Matzis,

    Saya sedang menyahut cabaran Minda Jutawan ini.

  7. 7. ermean says:

    Ye, betul tu “minda jutawan”. minda jutawan memberi seribu makna bagi mereka yang mempunyai minda jutawan. Inilah minda kelas pertama. Thanks bro matzis.

  8. 8. chak says:

    jangan jual barang dropshipping. <- tak akan jadi jutawan.
    search barang yang tengah top kat ebay
    http://pulse.ebay.com/

    contohnya mainan kecik2 modal kecik untung besar.
    income seminggu usd $500+++ (gerenti)
    dalam sebulan gerenti top-seller

    risiko top-seller:
    banyak nyamuk
    buyer demand macam2
    silap2 id kena "beku" kena tembak.(cam aku huhuhu)

    aku nasihatkan jangan jadi top-seller kecuali
    barang yang kita jual bukan made in cina.

  9. 9. saleha says:

    ermmm…betul tue…info nie sedikit sebanyak telah membantu saya…terima kasih byk2….


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. BLog4Review 23 06 09

Leave a Reply