Rezeki Part Time Di eBay

Apakhabar semua usahawan ebay. Kali ini bro ingin berkongsi cerita bahawa bro selama ini bukanlan seorang yang bergiat sepenuh masa didalam bisnes ebay tetapi bro melakukan bisnes ebay ini hanyalah sebagai part time sahaja sehingga kini. Ini adalah kerana bro masih lagi menjalankan tugas dan tanggungjawab (makan gaji ler tu…). Jika difikirkan memang hasrat bro nak berhenti daripada pekerjaan sekarang dan ingin menumpukan bisnes ebay sepenuh masa tetapi apasalahnya jika rezeki 10/10 diusahakan secara serentak.
Sepanjang bro menjalankan bisnes ebay ini, kadangkala pendapatan yang bro terima melampaui gaji yang diterim pada tiap bulan (RM3K). Bagi bro ini adalah rezeki part time yang paling seronok kerana usaha hanya dihadapan komputer sahaja. Jika anda juga sama seperti bro pastikan anda komited dengan apa yang anda harus lakukan. InsyaAllah anda juga pasti akan berjaya melakukan bisnes ebay ini sama seperti yang bro dapatkan pada hari ini.





Wah wah wah…sedapnya duit ebay bro..boleh buat kipas lagi tu…mai skit..hohoho…bila nak order BMW pula tu ??
haaaa.. tuuu diaa.. otai dah bukak kipas.. huhuhu.. mesti kencang anginnya tu. aroma yg kugemari.. hehehe.
Shahraduan, panas betullah sebab tu buat kipas angin tu..macam sifulan kata ambik bau aroma wang kertas..hehehe
Tu dia….hehe
Bro,
Saya nak ucapkan terima kasih la buat semua. Saya dah start buat sale.
Tp bro susah betul la saya nak all out kat eBay ni. Siang keje malam penat. Wat listing seminggu sekali tu pun sikit jer list. Alhamdulillah ade la sale sikit2
Pergh.. Kipasan beraura tu bro.. Hehehe..
Wangiannya menusuk kalbu…
Wahhh…macma kipas cina daa.. Bagus bro, memberi inspirasi kepada part timer.
salam bang mat ..
perh…. masyuk .. bisnes ebay … kan dah kata ..sapa kata tak masyuk
Salam,
Tahniah! Semoga terus dimurahkan rezeki buat semua otai yang sentiasa bermurah hati mencurahkan ilmu utk org baru macam akak!
Hi!Hi Kipas jgn tak kipas!
Hehe…
Bestnya kipas duit!
Saya makin bersemangat lepas tengok…
bro, pinjam 1 kipas.. panas la.. ohoho
wah byknye duit tu..ni yg tercabar ni nk buat ebay..haha..
Noorizam, hehehe..satu kipas tu harga dia RM2.5k tau..hehehe kalau dua kipas RM5k ler..
hai..bila lah buleh wat kipas cm tu ek hehehehe
pergghhh abg matzis nyer kipas..terasa aromanya sampai ke sini..
otai yang banyak membantu…
Pergh siap berkipas² ha….powa~~!! agak² tukang amek gambar dapat upah ape tu~~
Aduii..main kipas lagi..aku biler la lagi..hehe..nak jugak pakai kipas duit ni..hehe
Petua nak dapatkan duit banyak macamtu ada didalam perkataan EBAY itu tersendiri iaitu:
E- Etika, anda mestilah beretika ketika mengamalkan bisnes ebay ini.
B- Belajar, pastikan anda belajar tentang bisnes ini sebelum menjual.
A- Amal, kalau dah belajar kena amalkan barulah mendapat hasilnya.
Y- Yakin, mestilah yakin tentang kebolahan diri anda dalam bisnes ini.
Salam ziarah..menariknyer..mcm mane nk buat sume tu yer..?
petua yang patut dipraktikkan dengan penuh disiplin..moga2 murah rezeki
Bersemangat tengok kipas yang diperbuat daripada duit. Ni yang bagi semangat ni. “Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit”. Saya rasa dalam bisnes ebay ni bukan duit yang difikirkan tapi bagaimana nak dapatkan jualan. Orang tua-tua cakap kalau kita fikir nak duit sahaja duit tu akan lari semakin jauh dengan kita.
pergh..berkipas-kipasan tu….buat asb vs od pun ok gak bro…kasi up lagi duit tu…
rebet, ini duit sudah habis bro kasi beli kerusi urut OGAWA Smart 10..hehehe sambil ber ebay penat2 leh urut badan kasi segar badan..hehehe..
wow.. kipas duit… bile nak dapat camtu plak?
tahniah bro… camne rasenye wat kipas camtu
ALAMAK….berpinar dah mata nie tgk kipas-kipas tue….nak pinjam bleh? hehehe