Melanggan Store Malaysia Di eBay
Salam, apakhabar semua? semoga anda semua berada didalam keadaan sihat walafiat di samping menjalankan bisnes ebay. Artikel kali ini bro ingin berkongsi kepada anda berkaitan melanggan store ebay di Malaysia. Sepertimana yang anda semua tahu, ebay Malaysia juga ada menyediakan langganan store kepada peniaganya dengan kadar yuran langganan mengikut kategori store iaitu Basic Store (RM12), Featured Store (RM60) dan Anchor Store (RM230).
Kepada anda yang baru didalam ebay (newbie), bro sarankan supaya melanggan store Malaysia bagi membiasakan diri dalam selok-belok pengurusan store. Selain itu, yuran langganan yang murah hanya RM12 sebulan bro rasa cukup sesuai bagi newbie sebagai platform permulaan untuk membuka store. Store Malaysia juga sama seperti store ebay US, cuma cara penyelangaraannya sahaja berbeza iaitu anda perlu Manage Store di ebay Malaysia.
Bro ada juga dengar persepsi mengenai store Malaysia tidak bagus, produk yang dimasukkan didalam store tidak kelihatan di ebay US dan sebagainya. Berikut adalah beberapa panduan mengenai ebay store Malaysia:
- Pastikan feedback anda cukup 10 keatas syarat utama untuk melanggan store di Malaysia. Ini berbeza dengan ebay store US tidak perlu ada feedback namun dari segi perbezaan yuran langganan store, ebay Malaysia lebih murah iaitu RM12 sebulan untuk Basic Store.
- Pastikan segala Manage Store dibuat di ebay Malaysia sebab anda langgan di sana dan cara manage serupa juga dengan langganan ebay store yang lain.
- Ini paling penting, jika anda melanggan store Malaysia…jangan sekali-kali anda memasukan item anda didalam store inventory melalui ebay Malaysia. Ini kerana item anda memang tidak akan kelihatan di mana-mana ebay yang lain kecuali di ebay Malaysia sahaja. Caranya jika anda melanggan store Malaysia, apa yang perlu anda buat ialah semasa anda listing item di ebay US maka anda terus sahaja memasukkan item anda disana melalui store inventory ebay US.





1. saya ada terbaca jika pakai store Malaysia kalau org luar beli, kita kena hantar invoice paypal manually kepada pembeli. pastu baru mereka bayar.
2. kalau pakai turbo lister pulak macam mana nak setting supaya listing tu masuk ke ebay US?
3. kalau listing ke stor US fee pun kena ikut ebay US gak ka?
hackyourlife, kalau item sold je ebay dah hantar invoice kat buyer secara automatik dan kalau listing ke store US pula fees tetap $0.03 dikenakan. Fees ini masih lagi tertakluk kepada policy rangkaian ebay masing-masing.
Tanggapan saya dulu juga silap..igtkan klu langgan store Msia, inventory store xnmpk kt US. Skrg, saya hasilkn jualan store setiap hari dari pembeli di seluruh dunia.. Memang Best ada store nie!
Apa yang saya baca, antara beza store Msia dan Us ni dari segi SEO dan juga jumlah inventory yang boleh dimasukkan..
hmm.. info yg bagus.. saya juga mempunyai persepsi yang -ve mengenai store M’sia sebelum ini. Banyak $$ yang boleh dijimatkan dengan cara ni. Bagaimana pula dengan Selling Manager? turut diberikan atau sebaliknya?
aurakaya, kalau anda dah gunakan store Malaysia…bro rasa apasalahnya pakej sekali beli Selling Manager Pro Malaysia cuma yuran langganan RM15 sahaja sebulan…hehe!!
terbaca kat wangcyber yang SMP Malaysia tak boleh manage list item yg di publish di US.
Satu lagi anggap salah mengenai Selling Manager Pro yang dibeli daripada ebay Malaysia. Wahai pembeli-pembeli SMP Malaysia, kalau dah beli SMP kat Malaysia, maka segala manage list harus dibuat di ebay Malaysia walaupun anda dah listing item kat ebay US.
Saya sokong! Walau SMP di langgan di Msia, namun segala listing dan inventory boleh di manage di Msia shj.. kerana saya xada langsung active listing di ebay Msia!
Good afternoon! Etiquette in Kiev information there. escort services men. Your Kyivska prostitute Rybka. You can visit my blog.
Dulu pun gua langgan store Malaysia jerk…ada duit lebih skit..gatai tgn pula tu..langgan lah premium store USA..hehehehe
Bro, tumpang tanya apa kelebihan klau kita langgan Featured Store (RM60) tu. T ksih.
rahsia panduan dropshipper paling ulung sekarang daripada sifulan salah seorang yang berjaya dalam ebay.saper2 yg ingin berjaya dalam ebay seharusnya memiliki ebook ni.
http://www.ebay.rahsiasifu.com/index.php?ref=ebayhost
yup memang betoi info ni… huhuhu sama cam aku buat…
tahniah bro kongsi info
Salam bro….saya orang baru dalam bidang nie…
jadi x tau sangat tentang selok belok ebay nie…
boleh terangkan kat saya apa yg d maksudkan
dengan “Selling Manager Pro” dan ” SMP Malaysia”???
lagi satu,kalau kita list brg kat ebay us, barang kite x list kat ebay mlysia kew???
redzuan, untuk memantapkan ilmu didalam bisnes ebay, bro rasa perlu cara mentor mana-mana otai ebay untuk berlajar ilmu bsnes ebay ini kerana terlalu banyak yang harus dipelajari seperti pengurusan store, selling manager pro, turbo lister, strategi listing, hal-hal shipping dll….!
salam bro matzis, boleh tak bro bagi pendapat skit. kenapa takde orang yang beli barang dalam store kita?
bile time auction alhamdulillah item saya terjual lebih kurang 60peratus tapi item dalam store jarang sgt ad orang beli.
adakah sebab saya menggunakan store malaysia?
kairole, jika tiada orang langsung pembeli didalam store anda…ini bukan bermakna ebay Malaysia adalah penyebab utama ketiadaan pengunjung anda di store. Anda kena belajar lagi tentang strategi listing di ebay…!. Mungkin satu daripadanya harga item anda didalam store tidak stabil dengan permintaan harga semasa di ebay.
Bagus juga idea nak buka store kat eBay Malaysia..
terima kasih tuan tanah..heheh. Info yang sangat berguna…:) aku baru tau…
tapi kan bro, kalau guna store malaysia, bila bukak turbo lister nak listing format store kat ebay US, takde la pulak aku tgk.. kena through web jugak ke?