Membayar Fees Di eBay
Salam kepada semua usahawan ebay. Artikel kali ini bro akan berkongsi maklumat berkaitan tentang membayar fees di ebay. Pada kebiasaannya ebay akan menghantar invoice berkaitan fees ini kepada anda melalui email yang didaftarkan di ebay. Berkaitan dengan perkara ini bro telah menerima pelbagai soalan mengenai membayar fees ini, antaranya bolehkah fees ebay dibayar menggunakan akaun Paypal. Untuk makluman anda pihak ebay hanya menerima pembayaran fees ebay menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit sahaja.
Kaedah pembayaran fees ebay ini anda boleh menggunakan dengan 2 cara pembayaran yang telah ditetapkan oleh pihak ebay. Kaedah tersebut ialah dengan cara “Automatic Payment Method” atau kedua dengan cara “One Time Payment”. Jika anda ingin membayar fees ebay secara automatik, anda haruslah setkan Kad Kredit atau Debit card dengan klik “Automatic Payment Method”. Sebaliknya jika anda ingin membayar fees ebay dengan kadar segera atau tanpa menunggu invoice fees daripada ebay, maka anda boleh membayar dengan klik make a “One Time Payment”. Kesemua ikon-ikon ini anda boleh dapati dibahagian Account Seller. Selamat berbisnes!.






kathy, kemungkinan besar kad debit anda tidak mempunyai nilai yang mencukupi untuk pengesahan ataupun kad debit anda sudah tamat tempoh. apapun sila hubungi bank untuk tujuan ini.
Slm,just nk tanya…sy br je sgt wt kad debit PB Day2Day Card,then try la nk verify Paypal.Setakat ni,mmgla bla check baki online decrease coz byr fees utk verification proses tp brapa lma ek nk tnggu bank statement untuk nk dapatkan 4 digit unuk Paypal verification ni? 2 je…bru je knal2 ebay ni..ho3 Thanks!
Salam, saya nak tanya apa maksud automation rule. Yang diterang di ebay saya tak faham. Terima Kasih
Ahmad, call bank untuk mendapatkan 4 digit dengan cepat. Maishah automation rule tu bermaksud anda menjual produk secara berterusan cth jika anda senaraikan 3 hari jualan setelah tamat secara automatik listing semula.
Thank you Bro Matzis!. Setiap kali kita assign automation rule adakah kena bayar? Berapa banyak automation listing perlu kita list. Saya lihat dalam forum sifulan, ada yang set automation rule setiap hari 40 – 50 item. Teruklah nak bayar kalau macam tu …
Apa cadangan yang terbaik untuk set automation rule?